Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita padaNya kerana masih diberi peluang untuk menjadi hambaNya di muka bumi ini dan masih diberi peluang olehNya untuk kita melaksanakan segala yang ingin kita lakukan.
Ingat, lakukanlah perkara yang disenangiNya, bukan perkara yang dimurkaiNya.
Bercakap tentang SENDIRIAN, kerapkali manusia bila terasa dirinya tiada teman, tiada kawan, terasa disisihkan, pasti akan terasa dirinya keseorangan, terasa sendirian, omputih kata 'Lonely'.
Ye, mcm ana jgk la.
Selalu je ana rasa sorg2, rasa sendirian.Huhu.
Tapi tak bermakna bila kita sendirian tu maksudnya kita x da kawan kan ?
Sebenarnya kita semua ni x pernah sendirian.
Sungguh !
Sebab apa ?
Sebab Allah SWT selalu bersama dengan kita.
Cuma kita yang manusia ni je x prnh nak menyedari.
Allahuakbar..Manusia,manusia.
Allah selalu sangat ingat pada hambaNya, tapi kita ni mudah sangat lupa padaNya.
Sedih kan ?
Teruknya kita ni.
Time senang, lupa pada Dia.
Bila susah, baru nak ingat dan cari Dia.
X boleh mcm tu kan.
Jadi, kita kena-lah selalu ingat padaNya.
Bukan hanya ingat padaNya waktu solat, tapi juga dalam apa jua keadaan.
InsyaAllah, bila kita sentiasa ingat padaNya, diri kita akan sentiasa tenang dan rasa selamat dan x kan rasa sendirian.
Tak percaya ? Try lah ;)
Zikir, Solat, baca al-Quran, dan banyak lagi..tu semua adalah cara untuk kita elakkan diri dari rasa kesepian/kesunyian/bersendirian.
ALLAH SWT >>> ALWAYS WITH US !
NEVER FEEL LONELY !
Nak gmbr comel mcm ni lg ? Blh gi sini :) |
2 comments:
insyaAllah..saat terasa sendiri Allah brsama kita.. ^^
betul tu ukhti.
Allah sentiasa bersama hamba2Nya :)
Post a Comment