Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari Jumaat.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, insyaAllah.
Ana doakan sahabat2 semua sentiasa sihat fizikal dan juga rohani tentunya.
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad saw yang sangat menCINTAi umatnya, MasyaAllah.
Baiklah, semalam tulis pasal SENDIRIAN.
Hari ini nak tulis tentang PINTU pulak.
Oh ya, tadi ana dapat msj dr Celcom.
Tau x msj apa.
Msj dia cmni, "RM 0.00. Mengapa perlu berSENDIRIAN ? Ceriakan hidup dgn SMS bla3x.."
Eh, mcm tau2 je org tulis psl isu ni semalam, tiba2 dpt msj tu..Huhu.
Oit,x de kaitan kot.
Ok.
Ckp psl pintu, well, bukan pintu rumah, pintu kedai, pintu toilet, pintu sekolah tapi adalah pintu TAUBAT.
Ye ! Pintu TAUBAT !
Sedarkah kita bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka sehingga ke saat ini ?
Pasti ada yang menyedarinya, kan ?
Ingat ye, Allah tu Maha Pengampun lagi Maha menerima taubat.
Maka seWAJIBnya kita sebagai hambaNya ini menggunakan kesempatan yang diberikan olehNya sehingga ke saat ini untuk sentiasa bertaubat.
Bertaubatlah selagi pintu itu masih terbuka.
Jangan sia-siakan peluang yang diberikan olehNya.
Kita ni banyak buat dosa kan, kita ni x ma'sum pun.
Maka memang wajib lah kita bertaubat setiap masa.
Jangan tunggu sampai pintu itu tertutup ! Klik sini utk gmbr yg lbh byk :) |
Sepertimana yang disebutkan dalam Surah at-Taubah,surah ke-9 ayat 104.
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah-lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
(At-Taubah ,ayat 104)
(At-Taubah ,ayat 104)
Kan..Allah Maha Penerima Taubat.
Justeru itu wahai saudaraku sekalian, ayuhlah kita sentiasa bertaubat kerana kita tidak tahu dan tidak pasti bilakah pintu itu akan tertutup kerana hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya hambaNya.
Apabila pintu itu telah tertutup, maka tiada gunanya lagi menyesal kerana kita sendiri yang tidak mahu menggunakan peluang yang telah diberikan olehNya sejak sekian lama.
Semoga Allah sentiasa menerima taubat kita.
Wassalam.
P/s : Tukar template lain. Yang pasti, tetap warna HIJAU :)
2 comments:
cantik dah blog dia.
amek masa bape hari edit nieh? ^^
cantik lg blog enta :)
em,ada la dlm bbrpa jam..huhu..
Post a Comment