Promo ! Klik Ler..

Friday, March 26, 2010

Berehat sebentar ~

Salam wbt..

Ana akan 'rehatkan' blog ni dari sebarang post untuk beberapa ketika krn ana akan ke KL untuk sambung belajar.
Lagipun ana x bwk laptop ( x beli lg sbnrnya) ke KL.
InsyaAllah bila ada masa lapang,ana akan post apa2 di blog ana ni.

Semoga ana dapat menjalani kehidupan sbg seorang pelajar di kota metropolitan itu seperti mana ana sekarang,insyaAllah.Kuatkan iman + islammu..
Fokus utama ke KL > BELAJAR..bukan main2..Ingat ckit cik afiqah,duit byk nk guna..
Kau harapan ayah,bonda dan juga adik2..Jgn leka + lalai..Pakcik n makcik pun dh pesan,'Belajar elok2'..
Terima kasih semua..

Akhirul-kalam,ada 1 cerita untuk disampaikan..

Al-kisah sebuah percintaan antara IMAN dan HATI..
Kadang2,HATI kering tanpa sinar hidayah daripadaNya..
Oh IMAN,janganlah tinggalkan HATI,
HATI sayang IMAN..
Andai IMAN pergi tinggalkan HATI,
pasti HATI terluka..
IMANlah penawar HATI..
Keranamu IMAN,
HATI mengenal Pencipta Yang Maha Pengasih..
Yang telah mengurniakan IMAN pada HATI..
IMAN,HATI perlukan IMAN,
Kau peliharalah imanku ini Ya Allah..
IMANlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat HATI..

Semoga hati kita akan sentiasa dekat dengan iman,insyaAllah.. 
=)

Thursday, March 25, 2010

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul..

Alhamdulillah,selesai sudah ana membaca buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul.
Sebenarnya dah dekat seminggu dah habis baca buku tu,tapi terlupa nak kongsi kat sini.
Ni pun sorg shbt lama kt fb tnya bila nak kongsi psl buku2 ni..Memang kena dgn status ana kt fb yg tertulis,'Ilmu yang dimiliki akan hilang jika tidak dikongsi..'
Betul jgk kan,dh tulis kt fb cmtu,tp xmaw kongsi pulak,mcm mana ni..ish2..
Lgpun buku ni mmg banyak mutiara2 ilmu yg sgt2 sesuai untuk semua lapisan umur Muslim khususnya remaja.

Secara keseluruhannya,buku ni mengisahkan tentang sepasang suami (Dr.Muslih) dan isterinya (Qani'ah) yang sangat mentaatiNya.Setiap ujian yang diterima,dihadapi dengan tenang.Buku ini xterlalu banyak cerita,sekadar bingkisan untuk semua.Dalam setiap bab,pasti ada hadis2 dan juga ayat2 dari kalamullah.

Ana paling suka bahagian 'Kewajipan seorang Muslim' dalam bab 'Halakah Cinta Keluarga'..
Penulis (Fatimah Syarha) menyenarai utamakan sebanyak 14 kewajipan..
Ana akan list kat sini one by one,insyaAllah..

  1. Membaca Al-Quran   Sumber : 'Al-Quran ini adalah ulasan sajian Allah,oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh.' (Riwayat al-Hakim drpd al-Mas'ud)   Operasional :1 hari 1 juzuk (baca 4m/s stp kali slps solat fardhu. (4x5 m/s = 20 m/s = 1 juzuk) , Peruntukan hari2 lapang untuk khatam sekali sebulan.
  2. Memperelok bacaan al-Quran   Sumber : Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran. (Surah an-Nisa' ayat 82)  Operasional : Bincang dalam halakah,Ajar masyarakat selepas Maghrib.
  3. Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh.(Hummat al-Islam),menghafaz 40 hadis (Arba'un al-nawawiyah),risalah usul al-aqa'id.,Risalah furu'(fiqah)  Sumber : Di dalam kitab dan sunnah terdapat petunjuk,di dalam sirah terdapat al-qudwah.  Operasional : Bincang dalam halakah,bercerita kepada kanak-kanak sblm mrka tidur (jika sudah punya anak-anak).
  4. Menjaga kesihatan.  Sumber : 'Dan seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah.Dan pada setiap mereka ada kebaikan.' (Riwayat Muslim)  Operasional : Minum air masak 8 gelas sehari;2 gelas Subuh,2 gelas Zuhur,2 gelas Asar,2 gelas Maghrib,2 gelas Isya'.  Riadah ringan 10 minit/hari.
  5. Mengelak minum minuman manis berlebihan (kecuali perlu) dan sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok dll).  Sumber : Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya.  Operasional : Minum susu + madu sebelum tidur, abaikan rokok,dadah,dll.
  6. Menjaga kebersihan tempat tinggal,pakaian,mknn,tubuh badan,tmpt kerja.  Sumber : 'Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.(Riwayat Muslim dan Tirmidzi)  Operasional : Membersih setiap hari,menghias ruang dan menyegarkannya dengan haruman.
  7. Bercakap benar,tidak berdusta.  Sumber : 'Sesungguhnya bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula memimpin ke syurga.'  Operasional : Tidak berdusta kecuali mengambil tauriyah (benar pada nisbahnya,dusta pada orang yg mndengar) dalam 3 perkara : Peperangan,Mendamaikan manusia,mengambil hati suami/isteri.
  8. Menepati janji (menjaga waktu,pembinaan dan kepercayaan)  Sumber : 'Sesungguhnya dia seorang yang menepati janji.'(Surah Maryam ayat 54)  Operasional : Jangan lewat!
  9. Bersedia,berani memikul tanggungjawab.Semulia-mulia keberanian : Berterang-terangan  dengan al-Haq,simpan rahsia,mengakui kesilapan diri,insafi diri dan mengawal marah.  Sumber : 'Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.'(Surah Yusuf ayat 86)..'Bukanlah kuat itu orang yang dapat mengalahkan musuh,tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.'(Muttafaq alaih) Operasional : Istighfar 70x/hari,jaga wudhu',borang mutaba'ah (amalan seharian).
  10. Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tidak sampai menghalang untuk bergurau yang benar dan tersenyum.  Sumber : Dasar kehidupan Muslim ialah serius.Gurauan Rasulullah hanya ibarat garam pada makanan,sedikit sekali.  Operasional : 'Quluu la!'(Katakan tidak!) pada program TV yang melalaikan.
  11. Pemalu,halus perasaan,mudah peka pada yang baik dan buruk.Merendah diri bukan kerana hina atau lemah.  Sumber : 'Malu itu satu cabang iman.'(Muttafaq alaih)  Operasional : Awas aurat!
  12. Berlaku adil dan membuat hukuman yang betul.  Sumber : 'Jadilah kamu penegak keadilan.' (Surah an-Nisa' ayat 135)  Operasional : Janganlah perselisihan menyebabkan lupa budi baik orang.Bercakap benarlah biarpun  pahit walaupun terkena diri sendiri atau orang yang terdekat dengan anda.
  13. Bersifat belas kasihan.  Sumber : 'Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul drpd kaummu sendiri,berat terasa olehnya penderitaanmu,sgt menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang Mukmin.' (Surah At-Taubah ayt 128)  Operasional : Pemurah,bertolak ansur,memberi maaf,bersopan santun,sayangkan manusia dan binatang,bergaul dan bertingkah laku baik,mengasihi kanak-kanak,hormat orang tua,melapangkan tempat duduk dalam majlis-majlis,jangan mencari rahsia,jangan mengumpat,jangan menceroboh,meminta kebenaran untuk masuk dan pulang.
  14. Berusaha membaca dan menulis dengan baik.  Sumber : Hubungan dengan buku-buku karangan ulama muktabar mengekalkan perhubungan Muslim dengan dakwahnya.  Operasional : Banyak membaca,Mini Library di rumah,Mendalami bidang ikhtisas(pengkhususan),peka isu semasa dan pandangan fikrah.
Semoga kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan sebaik-baiknya,biiznillah.
Ini sahaja yang dapat ana coretkan setakat ini.Segala kekurangan mohon dimaafkan.
Wallahu'alam.

5/5 bintang untuk buku ini..thumbs up! =)

Tuesday, March 23, 2010

Kebetulan atau suatu manifestasi?

Azman: Eh, semalamkan. Aku terpaksa pergi ke 5 tempat berasingan kerana urusan imigresen pembantu rumah aku. Syukurlah, walau pun tempat -tempat itu memang area yang sibuk. Aku berjaya perolehi tempat parking di kelima2 tempat berasingan dengan mudah. Sebelum aku keluar rumah. Aku berdoa mohon dipermudahkan, dan kemudian aku beri fokus pada tempat parking yang banyak untuk aku. Siap aku visualkan lagi...

Arshad: Ala...itu semua kebetulan saja...cuba kalau kau dah fokus dan kemudian tak dapat pulak macamana?

Azman: Kau kena positif dan husnuzzon lah..jangan ada ragu-ragu atau doubt...

Arshad; iyalah...tapi kalau tak dapat jugak? ini semua kebetulan saja lah...

Azman : Kalau sampai dah 5 tempat yang busy. Aku berjaya manifest keinginan aku, takkanla kebetulan...

Kebetulan atau suatu manifestasi? Kita semua beriman dan percaya bahawa tidak ada satu pun kejadian dan perkara yang berlaku diseluruh alam semesta ini yang terlepas dari kekuasaan dan pengetahuan Allah S.W.T. Hatta sehelai daun kering gugur ke bumi juga ada tercatat di lauh mahfuz

" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata."
Ayat 59 Surah Al-An'aam.

Maka adakah kita mahu bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kebanyakan perkara yang berlaku hanyalah kebetulan , ATAU kita wajib beriman dengan kalimah Allah di dalam Al-Quran?

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidaklah yang menolak ketentuan Tuhan kecuali do'a; Dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya."

Fahamkanlah hadits ini baik-baik. Bahwasanya dengan do'a yang mustajab Tuhan dapat mengubah apa yang telah ditentukannya buat hamba-Nya.

Disini kita mendapat kesimpulan betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang semata-mata bertawakal dan menyerah kepada-Nya. Hadits yang seperti ini sudah nyata melarang kita hanya menyerah saja kepada takdir yang kita sendiri belum tahu rahasianya. Kita disuruh selalu mendesakkan do'a kita kepada Allah, yakni desakan dengan arti yang baik. Dan do'a bukanlah alamat dari kelemahan, melainkan menimbulkan kekuatan. Yaitu mempositifkan atau menunjukkan jiwa semata-mata kepada Allah, bebas daripada pengaruh atu mencari perlindungan kepada sesama mahluk. Karena dengan berdo'a kita selalu merasa diri dekat kepada Allah.

Malahan Allah murka kalau kita tidak langsung meminta kepada-Nya:
"Barangsiapa yang tidak memohon kepada Allah, murkalah Allah kepadanya." (Dirawikan oleh At-Tarmidzi)

Maka kesimpulannya disini adalah,

KEBETULAN = TIADA YANG MENGATURNYA

There is no coincidence in this universe!!!


Bagaimana pula sekiranya setelah berdoa dan memberikan fokus dan visualisasi yang tepat, tetapi masih belum dapat apa yang dihajati?
Apakah kerana Allah tidak mahu memakbulkan doa kita? Mengapa? Apakah kerana kita terlalu banyak dosa maka tidak layak untuk mendapat pertolongan Allah?

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

"...But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not."

Dari apa yang diterangkan oleh Allah melalui ayat diatas, kita dapat fahami bahawa Allah hanya memberikan yang terbaik untuk para hambanya kerana Dia adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah know what is the best for us. Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu juga dari-Nya tetapi bersandarkan  kelemahan manusia itu sendiri. Maka ada diantara doa dan permintaan yang kita mohon dari Allah itu sebenarnya tidak sesuai dan tidak elok untuk kita, maka dengan itu, Allah tidak memakbulkannya, sebaliknya maka Allah akan menggantikan dengan perkara lain yang lebih baik.

Tentang persoalan banyak dosa sehingga tidak layak mendapat pertolongan Allah, perlulah kita fahami dengan betul, bahawa persoalan dosa itu adalah satu perkara lain, persoalan doa adalah satu perkara lain.

Allah itu bukan seperti kita manusia yang mempunyai sifat dendam dan hasad yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi Allah telah meletakkan sistemNya sendiri dimana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada dikerongkong disaat sakaratul maut. Oleh itu walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitle untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah makbulkan, sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budibicara Allah S.W.T.
Apapun, Allah hanya memberikan yang terbaik pada hamba-hambanya.

Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

Friday, March 19, 2010

Boros buku..giler buku..ulat buku..

Baru beli buku..
Hari tu,beli buku Ustaz Hasrizal..buku 'Aku Terima Nikahnya..'
beli kat Popular..Tapi x habis baca lagi pun coz baru beli buku lain,ngee~



Kelmarin,tengah2 jalan ngan mak,masuk kedai Ikhwan Abadi sebelah Ayam Dinding kt tepeng..
Masuk2 kedai,tengok macam2 buku agama ade jual..Novel Islamik + buku2 agama + Al-Quran etc..
Aku ckp kt dlm ati,'Apsal la aku yg dah lama duk kt tepeng ni baru tau kedai ni wujud? ish3..'
Adus,kalo banyak duit,memang 1 kedai aku beli buku2 kt kedai tu..Rambang mata oo..
Buku untuk wanita la,buku pasal feqah,tazkirah,adus,mmg xleh nk ckp..

Semalam masa gi tepeng ngan adik,aku gi lagi kedai tu..
Memang aku dah set nak beli novel Tautan Hati karangan penulis kegemaranku,Fatimah Syarha..
Sambil2 tu,aku n adik gi la pusing2 satu kedai tu..tbe2 jmpe pulak buku 'Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul..'karangan Fatimah Syarha..

Adus, ni pun salah 1 buku dlm list yg aku nak beli..Cmner ni?
Huhu,beli je la..Nnti lama2,mane tau dh x publish ke,bek beli sblm nyesal,ngee ~
Jalan2 lg,jmpe pulak buku ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Bercinta sampai ke syurga'..
ala,ni pun teringin nk beli jgk tp duk fikir2 Aku terima Nikahnya pun x baca habis lg,so xbeli la..
Cukup la dah beli 2 buah buku tu + 1 buku yang masih x hbs baca lg kt rmh tu..

Masa berlalu,buku Pemilik cintaku stlh Allah dan Rasul tu dah habis baca..Buku tu nipis je..
Mmg best,pengalaman penulis dan suaminya..Sesuai menjadi bahan bacaan buat remaja dan golongan ke atas..
Apapun,mmg banyak pengajaran yang boleh diambil dari buku tu..bagi sesiapa yang x pernah baca lagi,try la baca..InsyaAllah boleh menjadi panduan buat semua..
Novel tautan hati baru baca sikit..harap2 dpt hbskan A.S.A.P coz nnti dh nk start pengajian..ngee ~


First Thing First..

Kawan baru..

Kring2..kring2..
Kedengaran telefon rumah berbunyi..
Adikku,Syakirul mengangkat telefon lalu segera memanggil namaku sebagai Along..
Aku segera menjawab..
'Hello..'
'Hello Afiqah,this is Uncle Ravi..'
'Oh,yes Uncle Ravi..'
'Ini ada satu student baru daftar n amik foundation sekali dgn U..die bdk Mlyu n dr Ngri 9..Tapi die mude ckit la..Nnti U tolong2 die la..Saya bagi no. hp U kt die n nnti U msj2 dgn die ok..nama die Ain'
'Ok..'

Sekitar jam 2 petang,ada 1 msj masuk Hp..
'Slm kak.Ni sy,Ain yg nk amik foundation tu..'
'Wslm,ye Ain..umo 19 ke? nk msk USU jgk?'
'Sy lpsn spm..Aah,msk USU jgk..'
'Oh,lpsn spm ke..ain amik foundation bape lame?Akk kejap je.em,nnti nk amk medic or dentistry?'
'Sy amik sama ngan akk la,yg 3 bulan tu kan..Dentistry..'
'Yeah2,ade kwn..same la kite..'
'Baru best ade kwn..Kte 1 geng ye..'
'Ok..tp akk dh 2 thn tinggal Physics..t Ain ajar akk la ye..'
'Sy spm Phy dpt B la kak..Xpe,t kte bljr sama..'
'B? Ok la tu,akk dulu dpt C,huhu..Ok,kte bljr same2 nnti..Ain skul mana dulu?SBP?'
'Sy MRSM..Kak,sy mtk nk bilik utk kte yg 2 org sebilik.Ok x?'
'Ok je, tp Ain dah bgtw dah kt warden tu?'
'Dah jmpe die td..Ain ckp kt die nk sebilik ngan akk.Tapi bilik tu kecil sikit la..Akk x kisah?'
'Ok..xpe, xkisah..asal ada kwn..Ain msti pandai kan,MRSM..'
'Kalo sebilik,sng ckit..xde la pndai mana,bese je..'
'Btl2,nnti nk solat pe sume sng ckit,hehe..'
'Akk,kalo sy nk katil bwh boleh x?'
'Boleh je..Dulu mase kt asrama dulu,akk duk katil atas jgk..xpe..'
'Sy x bese katil atas coz kt MRSM dulu katil 1 sorang,hehe..'
'Ain nk msk hostel bile? Akk masuk 28 ni..'
'Sy masuk same ngan akk kot..Em,K la akk,t ade pape gtw sy ye..Jmpa nnti..Slm..'
'Ok,wslm..'

Alhamdulillah,akhirnya aku dah jumpa sorg kawan yg akan menemaniku spnjg pengajian..Walaupun die sebaya adik aku,die tetap boleh jadi kwn aku..
Dulu masa daftar,aku cam risau jgk coz xde kwn..Aku terfikir2 sape la yg akan jadi kwn aku,teman aku gi mkn,gi naik komuter,gi sana,gi sini..Alhamdulillah Allah dah bagi jln..
Satu bilik,satu kelas,satu kolej,satu kos dan insyaAllah satu universiti.
Ya Allah,semoga kami berjaya mencapai cita2 kami ini..
Moga Kau permudahkan urusan kami ini..Amiin..


Moga kami meletakkan segala-galanya hanya padaMu..InsyaAllah,Amiin..


(Adalah menjadi cita2ku untuk menjejakkan kaki ke tempat pengajian Ayah..InsyaAllah semoga ia menjadi kenyataan)

Wednesday, March 17, 2010

Monday, March 15, 2010

Berwuduk Hilangkan Rasa Marah

PERNAHKAH anda marah kerana disakiti atau terasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.

Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:

# Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
  • Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.
  • Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.
  • Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

  • Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  • Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
  • Minum air.
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan. 
Wallahu'alam..

Friday, March 12, 2010

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

www.iLuvislam.com

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.



Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."


Tuesday, March 9, 2010

Haramkah by Melly Goeslow..

Lirik Lagu Melly Goeslow > Haramkah..

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta 


*****************

Friday, March 5, 2010

95% persoalan hampir terjawab..

Fikir punye fikir,siasat punye siasat,mesej punye mesej,akhirnya ramai daripada kalangan ana dan sahabat2 menganggap bahawa our friend yang dah jadi ibu tu is _______.
Tapi persoalannya sekarang,adakah 'dia' yang kami semua teka tu betul?
Adakah benar 'dia' telah menjadi ibu?
Silap haribulan,entah2 kami semua silap,tgk2 kawan len plak yg jadi ibu,xke malu nnti..
Tapi rasenya,insyaAllah betul dugaan kami tentang 'dia' itu..Huhu..
Yang pasti,hanya Allah dan Mira je yang tau dgn sebenar-benarnya siapekah 'dia' tu..
Bila la Mira nk wat press conference ni..
Excited ni nak tau betul ke x dugaan kami ni,huhu..
Harap2 'dia' akan membenarkan Mira untuk membuat PC kepada kami,hehe..
Kalo tekaan kami tu betul,leh gi rumah die,dah la rumah die dekat sgt ngan rumah ana,huuu..
xsmpai 10 minit dah leh sampai..Nak tgk baby..huuu..

Betul ke 'die'? Allahu'alam..Semoga benar ;)

Ketika Cinta Bertasbih ♥

Alhamdulillah akhirnya ana dapat juga menghabiskan masa membaca novel KCB 1 & 2..
Amik masa jugak nk bace novel ni coz bace bukan dari buku,tp dr download version,huhu..
Nk print,rase cm mls la pulak coz nnti byk plak kertas n ink nk digunakan,lgpun tu printer ayah,huhu..Nnti ayah nk print keje,lgsung xleh..

Emm,pendapat ana,between AAC n KCB,hasil dari pembacaan, ana lebih tertarik pada watak2 yang wujud di dlm novel KCB..
KCB ada watak yang lebih ramai n lebih menarik.

Kalo dlm AAC,watak utama (yang ana masih ingat) is fahri,aisya,maria n ___(x ingt la plak..pmpuan yg ftnah fahri tu)..AAC citer psl fahri yang blh dikatakan mnjadi impian ramai wanita..Dia kahwin dgn aisya n maria..Last2 Maria meninggal..(very short synopsis,hihi)..

Dlm KCB pulak,ade mas Abdullah Khairul Azam,anna althafunnisa,furqan,cut mala,hafez,fadhil,tiara,eliana putrinya pak dubes,ayatul husna,dan ramai lagi..
AAC citer psl cinta si fahri je (cinta manusia) tapi dlm KCB,ade byk jgk kisah cinta..Azzam lamar Anna,tp ditolak,Furqan lamar Anna tapi Anna suka Azam,Hafez suka Cut Mala,Fadhil suka Tiara (suka sama suka) tapi dia rela melepaskan Tiara demi shbtnya,Eliana minat Azam,Ilyas lamar Ayatul Husna adiknya si Azam,dan byk lagi..Azam mmg bekerja keras demi keluarganya di tanah air..
Tapi KCB ade lagi sambungannya,KCB 3 (Dari sujud ke sujud)..X sabar nak baca..
Karya2 Habiburrahman el-Shirazy mmg best..
Bile bace,rase cam kt Mesir je,huhu..

Lagi best baca novel dari tgk movie coz movie byk potong citer,ye la,kalo wat sebijik2 cm dlm novel,maunye movie tu beberapa jam,huhu..

p/s: Ayat tunggang-langgang..maaf dipinta..

Thursday, March 4, 2010

Terkezut!! Dah kawin??

Tadi on9 FB..trnmpk status shbt baik ana mase kt Xyah dulu nama Mira,die tls,'Mabruk kpd classmate yg tlh labour cute baby boy..'
Ana ingtkan kwn die yg labour baby tu kwn die kt mesir..
Bile bace sumer2 komen,baru tau bhw itu adlh kwnnye merangkap kwn ana jgk..
Huhu,sgt2 terkejut..
Bile dh bace sumer2 komen,baru ana tau citer sbnr..
Mira tls kt situ,'kwn kite tu dh kawin,tp die xbgtw pun,n dh slmt mlhirkan cute baby boy..'
Seriusly,ana mmg terkejut,smpai saat ni pun,masih lagi terkejut..
Bkn terkejut kwn ana tu dh kawin,tp terkejut coz cm xsgka pulak kawan ana dh kawin..
Mira tulis kt status tu,classmate..mknanye kwn ana tu kls 5sc2 la..
em? I wonder who is she..
Sape ni?
Mira ckp,time reunion nnti ( insyaAllah buat time sumer kwn2 dh graduate n dh blik dr oversea,sekitar thn 2014/2015),die akan mencetuskan kontroversi,hihi..
Kalo die bwk anak die tu,mknanye anak die tu dh umur 4/5 thn..
Adus,rase x sbr nk tgk die n anak die..Sape kwn ana tu ye?
Yg pasti,hanya Mira shj yg tau sape kwn ana tu..

Bile ckp psl mende ni,kwn ana lg sorg pun dh bertunang,tgk photo die tunang,waduh2,grand bangat,baju cntik maa..die ckp lps hbs diploma,insyaAllah akan wt kenduri,huhu..Kire thn dpn la tuh..
Bgs jgk,xde la tunang lame2 sgt kan cik __..
Aduyai,xsbr nk tgkp gmbr ramai2 satu batch..huhu..

Em,tibe2 teringat plak kt pak su ana,isterinya iaitu mak su ana,kawin mase umo 19..skrg mak su ana tu baru 25..sebaya ngan kak sepupu..anak dah 2 orang,1 boy n 1 girl..comel2 je..
Tp Alhamdulillah,even kawin muda,from my point of view,beliau dpt mnjadi seorang ibu yg thumbs up..Bersedia melayan karenah anak2 yang mash kecil..
oh,ade lg sorang..Anak tok su ana,name Syazana,kire mak cik ana la,tp xpggil die mak cik pun coz umo beza 2 thn je..kalo pggil mak cik,nmpk cm tua sgt plak,huhu..
Mase ana form5,die 19 thn..Die nikah mase tu la..Skrg kt KUIS..Alhamdulillah anak kedua slmt dilahirkan disember lalu..Anak first,laki..name Iskandar Zulkarnain..sedapnye name =)
Kak syazana pun bgs jgk..ibu mude yg thumbs up!
Bahagia je rmh tgga..

Apepun,semoga shbt ana dpt mnjadi isteri yg berbakti untuk suami,ibu yg baik dan penyayang pada anak2nya,moga anak2nya dpt mnjadi anak yg soleh dah solehah,insyaAllah..(peringatan utk ana dan juga untuk semua pembaca utk masa akan dtg,insyaAllah)..

Wednesday, March 3, 2010

Menangis keranaNya..

“Maka apakah kamu merasa heran dgn pemberitaan ini. Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis” 
 
Penjelasan Manusia umumnya menangis krn sedih dan kadangkala juga menangis krn bahagia seperti menyambut kedatangan orang yg dicintai tapi kadangpula krn lapar seperti anak bayi. Ibnu Qoyyim seorang ulama abad ke-7 Hijriyah menyebutkan ada 10 macam menangis.

Namun menangis yg paling bermanfaat dan sehat adlh menangis krn Allah SWT. Karena itu menangis krn Allah SWT itu dianjurkan oleh Al Qur`an dan dipraktikkkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ulama terpercaya. Di dalam salah satu riwayat Ibnu Mas`ud menceritakan bahwa suatu saat Rasulullah SAW meminta kepadanya agar membacakan Al Qur`an. Ibnu Mas`ud pun menimpali “Bagaimana aku membacakan Qur`an kepadamu ? padahal dia diturunkan kepadamu “.
Rasulullah SAW menjawab “Aku ingin mendengar dari orang lain”. Maka aku bacakan surat An Nisaa` sampai pada ayat Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan seseorang saksi dari tiap-tiap ummat dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi atas mereka itu “. .
Rasulullah SAW bersabda” Sekarang cukup bacaanmu”. maka aku menoleh kepadanya ternyata kedua matanya meneteskan airmata “.

Demikian pula dalam suatu kejadian Rasulullah SAW berkhutbah kata Anas r.a “Belum pernah aku dengar khutbah seperti itu” “Kalau kalian mengetahui apa yg aku ketahui niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis” maka para sahabat menutupi muka mereka pada menangis sampai terdengar suara rintihan“.

Barangsiapa yg mudah menangis krn Allah SWT merupakan bukti bahwa orang tersebut lembut dan bersih hatinya. Dan orang yg susah menangis krn Allah SWT petanda kaku dan kurang bersih hatinya bisa jadi krn pengaruh maksiat dan dosa,maka hendaknya dia bertaubat kepada Allah SWT dan memperbanyak amal sholeh. Suatu hal yg menarik dialami oleh seorang ulama bernama Ibnul Jauzi bahwa beliau banyak belajar kepada para ulama namun yg paling berpengaruh kepada dirinya adlh seorang ulama yg banyak menangis ketika mengajarnya.

Contoh-contoh dari kehidupan para sahabat banyak sekali terutama Abu Bakar As-Shidiq ketika menjadi imam beliau banyak menangis demikian juga Umar bin Khattab meskipun beliau tegar dan keras tapi beliau banyak menangis sampai di pipinya tampak dua garis hitam dari aliran airmatanya. Demikian pula Ustman bin Affan Ali bin Abi Thalib serta sahabat-sahabat lainnya.
Sudahkah kita termasuk orang yg banyak menangis krn Allah SWT ??
Tepuk dada,tanya Iman..

Oleh Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...