Promo ! Klik Ler..

Sunday, June 26, 2011

:: Berpenat Lelah ::

~ Berpenat lelah-lah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan kerana demikianlah hidup ini diciptakan. ~
- IMAM AS-SYAFIE -

Biarpun penat dengan segala perkara, ingatlah bahawa penat lelah itu akan mendatangkan hasil yang baik andai kita bersungguh-sungguh dalam berpenat lelah itu.
Sebagai pelajar, kita akan bersungguh-sungguh untuk belajar, kita akan berpenat lelah study sampai lewat malam demi mencapai kejayaan.
Begitu juga kita sebagai hambaNya, untuk mendapatkan syurga di akhirat kelak, kita harus berpenat lelah dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintahNya.
Jika kita x berpenat lelah, maka jangan pernah bermimpi bahawa kejayaan itu akan menerpa kita.
Kita yang seharusnya mencari KEJAYAAN itu, bukan KEJAYAAN itu yang akan datang kepada kita.

-Luruskan niatmu-
-Hanya kepadaNya-

Wassalam
:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...