Promo ! Klik Ler..

Monday, June 6, 2011

:: Jangan Sombong ! ::

Assalamualaikum wbt..
Ana doakan sahabat2 berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT..InsyaAllah :)

Hari ni ana nak kongsikan 1 hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.
Sebenarnya hadis ni ana dapat sebab ana tertekan kode kat hp untuk application tu.
Kan setiap talian hp tu ada dpt msj ckp sila tekan kode *** utk dptkan hadis, waktu solat, ringtone, 
semua2 tu la kan.
Ana saja main2 tekan je, sekali dapat 1 msj hadis ni.
Memang kena charge tinggi la kan sebab dah tertekan kode tu..Huhu..
Tapi x pe la, at least ana dapat tau 1 hadis :)
Alhamdulillah.

Ni hadisnya.

" Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. "
(HR Muslim)

Astaghfirullahal'azim.
Lihatlah, jika terdapat hanya sebesar biji sawi sifat sombong dalam diri kita, kita x akan dapat masuk syurga.
Tau kan bentuk biji sawi tu mcm mana ?
Kecil sgt2..warna hitam..

- Biji sawi yg kecil..Kalau sombong sekecil ni, x dpt masuk syurga dah -
Jadi..
Marilah kita semua memuhasabah kembali diri kita.
Istighfar..
Kerana kita manusia pernah juga memiliki sifat sombong tanpa kita sedari..
Tanamkan sifat rendah hati dalam diri kita..
Tawadhu'..

Moga bermanfaat untuk semua terutama sekali diri ana ini.
~ Wassalam ~


2 comments:

Haikal Fansuri said...

juz love this one.
O~ Allah, please forgive us.

Unknown said...

:)
Allah Maha Pengampun..semoga Dia menerima ampunan kita..insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...