Promo ! Klik Ler..

Sunday, July 31, 2011

:: =) ::

AHLAN YA RAMADHAN..

RAMADHAN KAREEM..

:)

LET'S PRAY AND HOPE THAT THIS RAMADHAN WILL BE BETTER THAN BEFORE, INSYA-ALLAH :)

Friday, July 29, 2011

:: Gigi ::

Assalamualaikum wbt.

Semalam ana dgn Mak pergi Hospital Taiping untuk Pesakit Luar kat Tupai, Taiping.
Ana pi sana sbb nak kutip gigi manusia..Hehe..
Sebelum pergi tu, Mak ada call Kak Akma (kak Akma ni 3 pupu ana,he3).
Mak ana tanya dia boleh x nak mintak gigi yg dentist duk cabut tu.
Lps tu Kak Akma (dia kerja kat unit pentadbiran Gigi) pun tanya kat dr.
Lps tu kak Akma bgtw ktrg boleh je nak amik gigi tu cuma kena bawak balang jem + letakkan Lysterine dalam balang tu.
So, ana pun bersyukur sangat2 sbb dpt kutip gigi.
Alhamdulillah, nsb baik ada kak Akma kerja kat unit Gigi.
Jiran ana ni pun kerja nurse gigi, tp x sempat nak mntk tolong dia,hu3.
Kwn ayah pun ada bukak klinik gigi sndiri kt parit buntar, tp x sempat jgk nak contact2.

Maka, petang smlm ana pun pergi hosp dgn Mak ana.
Bwk la balang jem yg dh dicampur Lysterine.
Excited sgt bila masuk hosp. tu.
Bhgian gigi kat atas.
Naik la kt atas.
Lps tu gi la jumpa kak Akma. Tingginya kak Akma ni.
Hehe.
Lps tu tggu lama jap.
Nurse gigi laki tu pun mintak balang ana.
Dia tanya ana nak gigi susu ke gigi kekal.
Nak gigi karies ke gigi elok.
Ana pun cakap la nak gigi kekal, kalo boleh nak gigi yang elok, tp campur2 dengan gigi karies pun x pe, asalkan akar2nya masih ada :)
Lepas tu, dia pun ckp ok.
Ana pun tinggalkan lah balang ana kt deme.
Nanti deme penuhkan balang tu dgn gigi2 manusia yang dicabut di situ.Huhu.
Mungkin sblm raya ana akan amik balik balang tu.
Hehe..
Sukanya..
Kak Akma ckp nnti kak Akma contact2 la if balang tu dh penuh dgn gigi.
Actually memang ramai student Medic/ Dentistry yg mintak gigi sbb hosp kerajaan kan ramai patient.
Alhamdulillah, selesai 1 kerja.
Just nanti tinggal nak amik je balang2 tu.
X sabar nak tgk gigi2 dalam balang tu nanti.

Haa..lupa pulak nak bgtw kenapa ana pi buat muka x malu mintak gigi.
Eh, x pe kan kalo x malu sbb nak belajar ? ;)
Ana mintak gigi sebab senior2 ada pesan nanti kena kumpul gigi sebab nanti nak belajar.
Nanti x pyh la kalut2 lagi nak cari gigi.
X pyh susah2 nak pi department konservasi gigi nak beli gigi. Mahal kot.
Lgpun bljr guna gigi manusia lg senang nk dibndingkan bljr guna replika gigi sbb replika gigi ada je ukurannya yg x btl sgt.
Pendek kata, guna gigi manusia lebih mudah sbb itu yg sebenar-benarnya. Kan ?

Rite now ana ada sebatang je gigi.
Tu pun gigi adik ana, Abangah.
Cantik gigi tu.
Sekarang gigi tu sedang ada dalam balang yg dilarutkan dengan Lysterine.
Hehe.

-Gmbr x clear..nanti snap lain plak-
Japgi semua adik2 ana akan balik.
Abangah, Thirah & Syakir.
Seronok.
Alhamdulillah dapat berkumpul.
Tapi sedih sbb Thirah kena balik Taayah Ahad ni.
X dpt berbuka bersama nanti.
X pe la.
Nanti boleh bukak sama2 jgk kan.
Sabar yep
:)

Ok..
Stop dulu.
Dah nak azan Zohor.
Wassalam.

Thursday, July 28, 2011

:: Ahlan ya Ramadhan ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan buat Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk menikmati segala kurniaanNya ini :)

Berapa hari je lagi Ramadhan akan tiba.
Dah bersediakah kita ?
Apa perasaan kita tentang Ramadhan yang bakl kunjung tiba x lama lagi ni ?
Excited ? Bosan ? Biasa je ?
Masing2 ada perasaannya sendiri.
Cuma kalo ada yang rasa x seronok / rasa biasa je, kena setting balik semua tu.
Sebab Ramadhan ni setahun sekali je kan.
Dalam Ramadhan tu la adanya solat Tarawih.
Bila lagi nak solat Tarawih kan, dalam bulan Ramadhan je la kan.
:)
Ya Allah, pertemukan kami dengan Ramadhan.
Sungguh kami sangat merindui Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dan lebih bermakna buat kami semua, insyaAllah.
Ampuni segala dosa-dosa kami yang menggunung tinggi ini ya Allah.

|
|
|
|
\/
Kalo masa bulan puasa, ana paling suka lagu ni.
Adik2 ana pun suka sbb suara dia unik.
Sedap.
Penyanyi Indonesia.Hehe.

Jom dengar.


Ramadhan Datang - TOMPI

Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa
melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hoo...
hati yang gembira
hoo...
penuh suka cita

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH

Wassalam
:)

Wednesday, July 27, 2011

:: Mari ::







Mari beristighfar..
Moga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita..
InsyaAllah, Ameen Ya Rab..













Tuesday, July 26, 2011

:: Sg. Petani & Dietetic ::

Assalamualaikum wbt.
Semoga sihat semuanya, insyaAllah.

-          Smlm pi Sg.Petani, rumah kak sepupu

-          Tadi baru balik..

-          Masa kt SP, ana main2 dgn anak sedara, sonok + puas dpt dukung Yaya ;) Smpai rasa mcm ada muscle2 kt lengan..Hoh2

-          Baru dpt tahu keturunan keluarga..Tok ana belah Ayah yg skrg ni asli bgsa Cina..Patut la Pak Long, Ayah, Pak Cik Joi muka mcm cina..aduyai..Dan patut jugak lah muka si Abangah mcm Apek..Pendek kata, semua sedara mcm ada ghupe cina..Hmm, ntah keturunan Hang Li Po kot ? Hoh2..Teruk sgguh baru tau asal-usul keturunan..

-          Tadi check BP (blood pressure), BP ana 107/58 mmHg, pulse 81/min..
BP sgt rendah..No wonder selalu pening..Allahuakbar..Pulse ok..
Normal rate untuk pulse : average 72x/min
BP untuk umur mcm ana ni..Tgk bwh..

Age
20-24 years

Systolic Range
(in mmHg)
Min
Avg
Max
108
120
132
Diastolic Range
(in mmHg)
Min
Avg
Max
75
79
83

-          Systole n diastole ana mmg sgt rendah..X smpai minimum lgsung..
Mungkin sbb factor pemakanan..Shbt2 dietetik, bg bantuan..nak kena makan apa ni yep ? Nk bg BP naik..Huhu…

-          Soklan di atas tu ditujukan kepada senior Ahmad Hisham, dietetic IIUM dan juga shbt ana, Norkamaliah, dietetic UDM..Tulun2x..hehe..jzkk..

Tu je lah yg ana nak tulis.
Jaga kesihatan semua.
Wassalam.

Sunday, July 24, 2011

:: Air Mata Keinsafan ::


Air Mata Keinsafan
The Zikr

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi


Saturday, July 23, 2011

:: Nama Anak ::

Assalamualaikum wbt.

Tiada apa yang nak diungkapkan.
Sekadar berkongsi apa yang ana impikan.
Ana kini sdg asyik membaca novel Sultan Al-Fateh.
Dan dlm buku tu, cukup banyak nama2 yang bekerjasama dlm menakluk konstantinopel.
Tp, mungkin ada lg byk nama sbb ana x hbs lg baca.

Antara nama2 yang buat ana kagum :
- Muhammad Al-Fateh
- Awis al-Qarni
- Khalil Pasya
- Hamzah Pasya
- Amir Pasya
- Abu Ayub Al-Ansari

Terasa nak letak nama2 ni pada anak2 lelaki ana kelak.
InsyaAllah.
X salah kan kalo ana impikan hal ni ?

Wassalam.

Friday, July 22, 2011

:: Coq Udang ::

Seorang lelaki berhenti di tepi jalan untuk singgah makan coq udang.
Lepas order, dia pon tunggu la makanan tu sampai.
Lepas makanan tu sampai, dia pon makan tapi masa makan tu dia tak jumpa pon udang dalam cucoq tu.
Dia pon cakap dlm nada marah, "Ni awat x da udang ni ? Kata coq udang ???"
Lps tu mak cik yg jual tu pon balas blk,
 "Hbs tu, ingt coq badak ada badak ka ? Coq kodok ada kodok ka? "
Last2, laki tu pon terdiam. Seakan-akan mengakui akan kebenaran kata2 mak cik itu.

Hehehe.
Ayah ana cerita masa dalam kereta semalam on the way nak balik lepas hantar Abangah balik UniKL.
Gurau2 :)
Ana pun tergelak sekali.
Betul la, kdg2 masa kita sekeluarga berada dlm kereta nak pergi ke suatu destinasi tu lah masa yang paling berharga, masa tu lah boleh nak bincang mcm2 hal, nak gurau2, nak usik2 adik.
Kan, kan ?
:)
Hargai saat-saat manis dan berharga bersama keluarga kita.

Wassalam.

Wednesday, July 20, 2011

:: Masakan 1 ::

Assalamualaikum wbt.
Didoakan sahabat2 berada dalam keadaan yang sihat sejahtera, insyaAllah.
Ucapkan-lah Alhamdulillah di atas segala nikmat pemberianNya, 
moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur, amiin.

Hari ni ana cuma nak share psl resepi.
First time ana nak ckp psl resepi.Huhu.
Resepi pankek.
Ni adlh kali kedua ana makan pankek.
First time makan pankek kat Medan, kat Sun Plaza, restoran Mr.Pancake.
Masa tu ana makan pankek dengan ayam,salad,cheese,bla2x.
Pendek kata mcm burger, cuma roti burger tu digantikan dengan pankek.
Ana mkn kt situ sbb nak try makan n rasa je.
Memang berbaloi dan kenyang.
Sedap, Alhamdulillah.

Semalam ana makan lg pankek kali kedua cuma bezanya kali ni ana buat sendiri.
Alhamdulillah jadi pankek tu. Cantik je, mcm dorayaki doraemon saiz besaq.
Dulu kt Medan tgh boring2, duk search internet psl resepi, sekali jmpa resepi pankek.
Ana tgk bahan2 dia, insyaAllah mudah je nk membuatnya.
Boleh la kot nak buat kt Msia.
Lps tu dh blk sini, adik bgsu nmpk ana print resepi ni, trs dia soh ana buat cpt2.

Ana amik resepi tu dr bloh sorg akak ni.
Leh tgk kt sini yep :)

Pankek ni blh makan dengan apa2 je.
Salu ramai org makan dgn butter + madu cuma smlm kami semua makan dengan aiskrim.
Sbb ptg smlm panas sikit,hehe.
Lg 1, pankek ni x berminyak.
Nama pun PANkek.
Masak ats pan je.Pstikan Non-stick pan ok.
X pyh ltk minyak atau butter ats pan tu, trs ltk je adunan tu.

Masa ana tgh duk ltk adunan pankek ats pan tu, mak ana pesan nnti balikkan pan tu guna senduk kayu je, jgn guna sudip sebab nnti pan tu calar.
Ana pun ikut ckp Mak ana.
Tapi mmg betul, non-stick frying pan ni dia kena guna senduk kayu sbb non-stick frying pan (short form : NSFP- mls nk tls pnjg2 :P) ada 1 lapisan TEFLON.
Teflon ni sjns bhn kimia polymer, kbykan teflon ni ada pd NSFP.
Sbb tu bila kita ltk mknn apa2, dia x melekat kt pan ni mcm kuali lain kan.
Sbb ada teflon :)
Sbb tu jgk x leh kasi itu NSFP calar sbb nanti teflon tu hilang, bila teflon tu hilang. maka pan tu dh x kan non-stick lg. Dh jd mcm pan biasa dh.
Itu lah yg berlaku pd 1 lg pan kt rumah kami. Hbs hilang teflon tu. Kena marah dgn Ayahanda.Huhu.
Nnti pd sapa2 yg ada dapur sndiri, yg dh nak kawin ke, make sure beli pan yg ada teflon ok.
Salu ada lekat kt pan tu sticker tulis TEFLON masa baru beli kt kedai :D
Ni bnda ana bljr masa form 6 dulu, Alhamdulillah ada manfaatnya.

Sampai sini sj.
Try lah buat pankek tu, mudah je :)
Ilalliqa'.

-Hp xde kamera, kamera digital pon x de. Maap la ye,amik gmbor dr tenet jek-

Monday, July 18, 2011

:: Tested ::


We are tested according to our level of 


faith. 

If our faith is firm, Allah will test us harder 

and harder.


Mari bermuhasabah, Seberapa berat UJIAN 

yang Allah berikan kepada kita & di level 

manakah keimanan kita?

 Semoga kita termasuk hamba pilihan-Nya.


:: Perginya Mujahidah Dakwah ::

Assalamualaikum wbt.

Takziah buat kelurga Dr.Lo'lo di atas pemergiannya malam semalam.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, insyaAllah.
Sesungguhnya dunia telah menyaksikan bahawa beliau telah banyak melakukan perubahan dalam memperjuangkan Islam.
Selamat tinggal Mujahidah Dakwah.
Pemergianmu dirasai.

~ Al-Fatihah ~

- Allahyarhamah Dr.Lo'lo Ghazali -

Setiap yang hidup pasti akan merasai detik-detik kematian.
Sesungguhnya kematian itu pasti akan datang menjemput kita.
Bila dan Di Mana sahaja yang kita tidak tahu.
Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Persiapkanlah diri kita sebaik-baiknya.
Moga kita semua bakal meninggalkan dunia ini dalam husnul khatimah, biiznillah.

Wassalam.

Sunday, July 17, 2011

:: Menjadi Diriku ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan sahabat-sahabat semuanya sihat sejahtera serta sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya,insyaAllah :)

Ana kenal lagu ni tahun 2010 dlm bulan 5 atau 6 mcm tu, masa tu ana tgh amik short course kt KL b4 gi Medan.
Ana kenal pun sebab shbt ana tls dlm msj "Dgr MENJADI DIRIKU - Edcoustic".
Sblm tu ana soh dia dgr "Sebiru Hari Ini- Edcoustic" jugak.
Lepas tu ana pun dengar.
Best jgk, sedap. Jzkk kpd shbt krn memperkenalkan lagu ini.
Masa tu ana hnya kenal Edcoustic dgn lagu "Sebiru Hari Ini" je.
Tp skrg semua lagu kump. tu ana tau..sodap2x :)

Ok lah..
Moh la kite mendengor lagu ni.
Buat halwa telinga :)


Lirik - MENJADI DIRIKU

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Friday, July 15, 2011

:: PadaMu ::

Assalamualaikum wbt.

Hari ni ana cuma nak share lirik lagu Afghan ni.
Yang tajuk dia "PadaMu ku bersujud" tu.
Ana tau lagu ni dah kira x baru, tapi x salah kan kalo kita hayati lagi sekali lirik dia.
Sedap lagu ni, lirik pun bawa maksud yang mendalam.


PadaMu ku Bersujud
Afghan

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Reff:

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang selalu bertubat.
Ampuni segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa ahli keluarga kami dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Ameen Ya Rab.



Thursday, July 14, 2011

:: Peluh ::

Assalamualaikum wbt.
Semoga sahabat semuanya sihat sejahtera, insyaAllah.

Ana sbnrnya x tahu nak tulis apa.
Cukup sekadar memberitahu apa yang ana telah baca dari akhbar ILuvIslam.

**************************

Seorang lelaki dari Jaisyah, sebuah negeri di wilayah Yaman datang bertemu Nabi Muhammad SAW. Dia bertanya kepada Baginda tentang minuman 'mizr yang diperbuat daripada jagung di negerinya.
Lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, "Adakah minuman itu memabukkan ?"
Lelaki itu menjawab ya.

Rasulullah SAW pun berkata, "Setiap minuman yang memabukkan itu haram. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan bagi orang yang minum minuman memabukkan akan diberiNya kelak di akhirat sejenis minuman yang dibuat daripada thinatil khabal."
Para sahabat pun bertanya apa itu 'thinatil khabal'.
Beliau menjawab "Peluh penduduk neraka."

*************************

Sama-samalah mengambil iktibar.
Semoga segala perkara yang haram itu dapat kita jauhi.
Allah telah memberitahu kepada kita, terpulang kepada kita sama ada mahu mendengarnya atau tidak.
Perlu diingatkan, azab di akhirat kelak akan sangat berat dan tidak akan tergambar oleh kita.
Wallhu'alam.

HambaNya yang Penuh Dosa,
Nur Afiqah
Taiping, Malaysia
14072011
1826 hrs

Tuesday, July 12, 2011

:: Tercapai ::

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, ana baru je balik dari Popular Bookstore.
Tapi ana x dapat pergi dgn adik bgsu Anisah sbb dia pergi sekolah, jam 4 ptg baru dia balik, so ana pergi dgn adik ana Akram.
Naik motor dgn dia.
Takut jgk ana duk blkg dia, ana lebih rela bonceng dgn Ayah ana :D

Masa kat Popular, ana decide nak beli apa yang ana plan je.
Nak beli buku Sultan Al-Fateh, tapi faham2 lah kan.
Ana ni pantang tgk buku, rambang mata betul lah.
Pergi kat bahagian "Novel Islami".
Haa..ya Allah, penuh 1 rak 4 tingkat tu dengan novel sejarah Islami.
Sebut lah apa pun, belambak buku PTS kt situ.
Huu...sgt2 rambang mata, kalo berduit dah lama ana beli.
Ana pun amik je la buku Sultan Al-Fateh tu, lepas tu pergi amik buku My Angel terbitan PTS untuk adik ana, dia yang mintak.
Lepas tu, sempat jgk la usha2 buku2 yg lain, pergi tgk novel cinta islamik,haaa...novel "Dalam Mihrab Cinta" dah ada kat Malaysia.
Sahabat2 yang nak baca, dah bisa beli di sini ;)
RM 15.90.
Sempat jgk ana tgk novel Melayu tp dr jauh je, tajuk semua jiwang2, tp mcm biasa, ana x de perasaan lgsg nak beli buku novel cintan. X masuk dgn jiwa :P
Huhu.
Tp kalo ada sape2 yg mnt, x salah.

Lepas tu pergi kat rak buku2 Islam, ana tgk kejap je. Usha2 je.
Lepas tu nak kuar dari section tu, nampak pulak buku Ustaz Hasrizal.
Then nmpk pulak La Tahzan untuk wanita, RM 39 (x slh ana la).
Allah..
Nak beli...tapi....faham2 je la.
No money, no talk :P
Betul-lah pepatah tu.

Ingat lps tu nak bayar, nampak adik ana pegang buku ni.


Dia pun trs bukak buku tu n search nama2 yg dia kenal dlm buku tu.
"Haa, Along tgk nama ni. Nik Aziz, Harun Din dgn Anwar Ibrahim."
Ana - "Aah la.."
Masa tu ana tgh tgk buku Hulagu Khan edisi jimat, hrga RM 14.
Ingat nak beli yg tu, tp tgk buku 50 Tokoh tu mcm menarik, so ana pun beli la.
Haiyoo, sudah terbukti anda sgt rambang mata cik Afiqah :P
Hehe..
Dah tau beli, baca lah yep.
Tabloid IluvIslam pun kamu x hbs baca lg.
Buku Zainab yg shbt bg pun x hbs baca lg kan.
Ish3x.

- Membaca memperkasakan minda.-
- Mari membaca, semoga ilmu yang didapatkan daripada hasil pembacaan kelak akan membantu dalam perkembangan agama Islam, insyaAllah :) -

:: Irfan ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita hanya padaNya kerana masih diberi peluang untuk mengecapi segala nikmat kurniaanNya ini.

Lama ana x update kan.
Dah bersawang + berhabuk dah post ana ni.
Siap ada sarang labah2 lagi.
Spiderman pun tumpang sekali dah :P
Ok,tu sangat hiperbola..He2

Semalam Alhamdulillah ada tetamu datang ke rumah.
Rombongan Irfan.
:)
Ok la, ana cerita yang benar2 deh.
Semalam Opah,Mak Long,Mak Ngah,Kak Ya dan Syeli dtg rumah.
Kak Ya baru lps bersalin, dia bwk anak dia @ anak sedara ana namanya Muhammad Irfan.
Baru umur 1 bulan lebih (54 hari).
Umur je 1 bulan, bdn dia mcm bdk 3 bulan.
Skrg dh 5 kg, masa lhr 4 kg..hehe..
Berat bdk ni, nsb baik comeeeeyyyyy sgt2 :)
Mak Long Pqah suka baby ;)

Opah + mak cik bawak durian 9 biji, banyakkan ?
Memang best lah, khas untuk anak sedara katanya.
Allah, terharu ;(
Terima kasih semua.
:)
Deme dtg makan tengahari sekali, sgt seronok bila dpt makan sama2, tmbh pulak dengan makan lauk2 kampung; asam pedas, sambal belacan, ulam-ulaman, sedapnya,Allahuakbar, Alhamdulillah.
Lepas tu ana pun apa lagi, main dengan Irfan. Main CakCak dengan dia smpai dia gelak,best.
Seronok dpt jmpa dia jgk akhirnya.
Masa raya x dpt jmpa sbb Irfan nak blk Johor, gi kampung Abah dia pulak, sedih2x.
X pe, nnti jumpa lagi ye Irfan.

Masa main tu, Irfan tgh baring ats tilam, smbil2 tu dia melepaskan bom,hi2..
Comel2, rupenye uk uk ye irfan.
Ana tgk Kak Ya mandikan dia, tukar pampers, pakaikan barut, dan touch-up irfan.
Ana ckp kt Kak Ya, susah jgk kan nak jaga anak ni.
Lps tu Kak Ya ckp, memang pun, masa awai2 bersalin haritu Kak Ya lgsg x reti, Abg Nan (suami) yang ajar.
Ana pun cakap, Along belajar drpd Kak Ya la, memerhati,hehe.

Ana ingt blk..Last adik bgsu lhr thn 2000, masa tu ana drjh 4, mmg ye la x de masa nk perhati mak pi jaga adik, tau main dgn adik je ;) Hehe
Ni dh besar, baru la nak perhatikan orang2 yang ada anak kecik.
X lama lepas tu deme pun balik.

Petang tu jiran ana (berstatus nenek), ana dengar bunyi baby drpd rumah dia.
Ana dpt agak dh, tu msti anak perempuan dia yg juruXray tu bersalin.
Mak ana pun cerita la, hari ni dia cuti, so ada masa nak jaga anak.Selalu bagi pengasuh je jaga.
Ana tanya la, kenapa x bagi je tok dia jaga, Mak ana cakap, Eh, mana larat, dh tua nak jaga baby, satgi dia keriau, lg susah.
Pastu ana duk kira2 umur ana ada anak dalam kepala, bajet umur 26 la (sj kira2).
Ana trs tnya, Mak kalo Along 26, Mak umur 53 kan ?
Mak ckp Ye.
Ana pun ckp, masa tu larat la kan ?
Mak ckp, Ha, larat lg. Tu Mak Long pun umur 50++ skrg, blh lg nak jaga cucu.
Haa,nanti Mak tlg jaga kejap, Along takut nak bg pengasuh. Hehe
Mak ana pun cakap, Ye :)

Lega ana.
Huhu.
Ana duk fikir nanti ana kerja, nanti dapat suami pun, insyaAllah suami kerja. nanti nak kena cari pengasuh.
Ana decide mungkin bagi Mak jaga.
(fikir panjang)
Tapi jujur ana x nak bebankan Mak, tapi nanti di masa depan, kalo Mak still bukak offer tu, ana bagi Mak ana jaga la.
Kalo Mak dah x larat, baru la kena cari pengasuh utk jaga.
(Amboi2x, pikiaq panjang nooo)
Kalo blh cuti pnjg, ana mtk trs cuti pnjg.
Huhu.

Apapun, nak jadi ibu ni, bukan mudah.
Masih banyak ilmu2 rumahtangga kena belajar, ilmu jaga anak kena tau.
Kalo basuh uk uk baby pun geli, mcm mana nk jadi ibu ?
X boleh la mcm tu.
Jadi kepada semua wanita di luar sana, marilah sama-sama kita mempelajari ilmu2 menjaga anak bermula dari sekarang.
Didiklah dengan cara Islam.

Sekian shj drpd ana :)
Wassalam.

P/s : Gmbr Irfan comel di bawah. Kalo secara real, lebih comel :)

-Masa lahir. 4 kg. Lewat 10 hari drpd tarikh due ;D-
-InsyaAllah mujahid Islam :)-

Sunday, July 10, 2011

:: Kejam ::

Kerana mereka, ada yang telah meninggal dunia.
Gas pemedih mata tu bahaya tau x ?
Eii, pandai sembur kat orang, sembur kat deme baru tau.
Konon nak amankan, padahal deme yang lagi huru-harakan.
Geram je tgk berita.
Ah, semua itu drama semata-mata.
Sikit2 ckp benda tu haram pdhal kerja deme buat tu x haram ke ?
Allah Maha Tahu setiap sesuatu.

InsyaAllah, satu hari nanti kebenaran pasti akan terlihat jua.
Takbir !
Allahuakbar !!

Marilah sama2 kita sedakahkan surah Al-Fatihah kepada mangsa gas pemedih mata,
Allahyarham En.Baharudin Ahmad.
Semoga ditempatkan dalam golongan orang yang soleh.
X lupa juga buat Allahyarham YDP PAS Gombak, Radzi Yusof.
Biiznillah, ameen.

Saturday, July 9, 2011

:: Permudahkan Urusan Kami ::

Assalamualaikum wbt.
Didoakan agar sahabat-sahabat sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindunganNya, insyaAllah.

SEDIH.
Hanya 1 kata.
Apply untuk Loan MARA ditolak.
:'(

Dah setahun apply untuk dermasiswa zakat negeri Perak.
Still x dapat lagi.

Bulan 8 ni nak kena bayar yuran dah.
Macam mana ni ???
:'(
:'(

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.
Sesungguhnya semua yang Kau aturkan ini pasti ada hikmahnya.

P/s : Sungguh aku telah menyusahkan ibu bapa dan keluargaku :'(
Along minta maaf.

Thursday, July 7, 2011

:: Apa Nak Jadi ? ::

Assalamualaikum wbt.
Didoakan agar para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera,insyaAllah.

Astaghfirullahal'azim (3x)..
Ana hanya mampu beristighfar apabila melihat gambar remaja masa kini yang berpakaian seperti bukan Muslim..
Tulis di Facebook ---> Religious View ---> ISLAM.
Tapi gambar2 kat album, x macam Islam pun.
Sedihnya ya Allah..

Berseluar pendek di atas lutut, pakai singlet, lepas tu dating sakan.
Cakap Islam.
Allahuakbar :'(
Adakah ini gara2 pengaruh persekitaran ?
Ya..Persekitaran & kawan2 akan memberi pengaruh yang besar pada diri seseorang itu.
Jika seseorang itu tidak pandai untuk membawa diri, maka dirinya akan mudah terjebak.
Mudah terpengaruh dengan suasana.

Allahuakbar.
Ingatlah, mempunyai kawan yang baik peribadinya itu sangatlah penting kerana ia akan mempengaruhi diri kita juga.
Tarbiyah itu sangat penting.
Persekitaran juga penting.
Pendek kata, untuk membentuk diri & peribadi yang baik, semuanya bermula dari hati dan dalam masa yang sama, pengaruh persekitaran dan pengaruh kawan2 juga memainkan peranan yang penting.

Samalah juga halnya apabila mempunyai anak.
Sejak anak itu dari dalam kandungan lagi, kita seharusnya mengenalkan dia dengan kalimah2 Allah.
Memperdengar bacaan ayat2 suci al-Quran padanya, moga apabila dilahirkan nanti akan menjadi hambaNya yang soleh.
Pemakanan juga penting, dari kecil perlu diberi makan kurma,kismis,badam dan madu. Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak2.
Begitu juga dengan didikan. Selain didikan daripada ibu bapa, didikan oleh guru2 di sekolah juga penting.
Hantarlah anak ke sekolah agama / maahad tahfiz.
Kita mahu membentuk pemuda/pemudi yang berpegang teguh pada ajaranNya, 
pada al-Quran dan as-Sunnah.
Kita harus membentuk sejak dia masih kecil.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Takut jika mahu dididik setelah dewasa, kelak akan sukar kerana telah liat/keras.

-------------------------------------------

Ana x rancang pun nak tulis pasal ni.
Semua yang ana tulis di atas adalah berdasarkan apa yang terlintas di kepala ana.
Mohon maaf jika tulisan ana ini mengguris hati sesiapa.
Sungguh ana hanyalah hambaNya yang penuh dengan dosa.
Sama-samalah kita menjadi hambaNya yang soleh/solehah,insyaAllah.

HambaNya yang Penuh Dosa,
Nur Afiqah
07 Julai 2011
Taiping, Malaysia

Tuesday, July 5, 2011

:: 3 Hari dah Habis ::

Assalamualaikum wbt.
Ana doakan semoga sahabat-sahabat semuanya sihat sejahtera, insyaAllah =)

Semalam, adik ana Syakirul yang form 2 tu nak balik MADID.
Sabtu lalu, dia balik rumah pulak sebab ada sukan.
Time duk tolong dia kemas beg, nampak 1 novel ni.
Tebal jugak, 640 pages.
Novel Islami tajuk "HIJRAH" terbitan PTS.


Lepas tu terus ana tanya ni novel siapa.
Syakir ckp tu novel kawan dia.Dia pinjam.
Dia cakap Anis dah baca novel tu 2 kali dah masa Syakir cuti sekolah hari tu.
Dalam masa 3 hari je dah boleh habiskan baca novel tebal tu.
Subhanallah.Impressed ana dgn adik ana ni.
Macam2 benda hebat berlaku. Mabruk2x !
Anis cakap dia nak beli novel tu. Harga RM35.
Kalo nak soh Along beli, Along mmg x da duit lah.Huhu.
Bila tengok adik ana 2 org tu duk asyik sangat baca buku tu, ana jadi nak jugak baca novel tu.
Ye lah, org baca buku best, ana pun nak jgk lah :)
Lgpun tu novel Sejarah Islam, jujur ana ckp, byk sgt sejarah Islam ana x tahu.
Nak mengharapkan Sirah yang ana belajar masa sekolah tu, mmg byk yg ana lupa.
Hanya ingat sikit-sikit je.
Teruk kan ?
Astaghfirullahal'azim.
X pe lah, ana dh mintak Syakir bwk novel tu masa dia balik hujung bulan nanti.
Nak bacaaaa :D
InsyaAllah.

Nnti ana plan nak beli novel Sejarah Islam pulak.
Selama ni asyik beli novel cinta Islam kan, so skrg masanya untuk ubah genre pulak.
Beli novel sejarah Islam.
PTS ada keluarkan banyak novel sejarah Islam tentang Sejarawan Agung Islam.
Ana decide nak beli buku Sultan Muhammad Al-Fateh, penakluk Konstantinopel :)
Ana kenal beliau sebagai beliau sahaja, dalam erti kata lain, ana kenal beliau melalui nama dan sebagai penakluk.
Jujur, x banyak ana tau pasal beliau. That's why ana perlu tahu lebih mendalam tentang diri beliau yang sangat hebat itu =)
Ana pernah search kat internet tentang beliau, tapi kat internet ceritanya pendek2, better baca dari buku kan.
Lebih detail.

- Harga RM24, 336 pages -
Harap sangat buku ni ada jual kat Popular Taiping.
Nak sangat beli.
Ya Allah, permudahkan-lah urusan hambaMu ini, ameen.

Kalo ana banyak duit, semua buku ana nak beli.
Banyak kan ?
Semua best2.
Ulat buku kalo dah jumpa buku, memang kerjanya nak makan buku lah kan ?
;)

Oh..masa ana kat Medan, ana ada jugak plan nak beli buku ni.

- RM17.50, 224 pages -
Ana plan nak pi Popular minggu ni lah, insyaAllah.
Tak boleh laa tengok buku ni dalam internet je.
Nak baca dah, x sabar.
Orang Indon sebut, 
" Aku nggak sabar lagi nih, pingin sekali bacanyaaa.."
Hoho..

Baiklah, ana berhenti di sini dulu ya.
Semoga segala apa yang kita lakukan akan diterima olehNya, insyaAllah.
Mari menjadi hambaNya yang soleh.

Ilalliqa'
Wassalam

P/s : Sahabat, terima kasih respon + nasihat ana.

Monday, July 4, 2011

:: Freeeee ::

Assalamualaikum wbt. 
Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa’kan buat Rabbul ‘Izzati kerana masih memberi peluang kepada kita menghirup udara pinjamanNya ini.

InsyaAllah hari ni pasal “Free” pulak.
Sebagaimana yang kita tahu, manusia cukup pantang kalau dengar perkataan “Free”.
Selalu kalau pi kedai ke shopping complex ke, kalau ada tulis free, mesti semua orang bising-bising, mesti semua orang serbu.
Itulah manusia. Sangat sukakan benda yang free. Ana pun suka jugak benda free.Hehe.

Fikir balik.
Selalu kalo ada orang bagi air free, makanan free, mesti kita nak kan ?
Dan-dan time tu siapa yang pemalu terus jadi x malu sebab nak benda free tu..Ada ke ?
Huhu..Eh, jangan lupa MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN :)

Kebiasaannya, untuk mendapatkan sesuatu yang free itu, memerlukan suatu usaha. Betul kan ?
X caya cuba ingat balik. Kalo kat SOGO ke, GIANT ke, dia selalu tulis, beli 2 percuma 1.
Kan banyak mcm tu kan ?
Jadi, untuk mendapatkan yang free tu, kita kena lah berusaha untuk membeli 2 barang untuk mendapatkan 1 yang free itu.
X pun, kalo kawan kita nak bagi benda free kat kita, tapi dia letak syarat.
Contohnya dia cakap kat kita, “Kalo hang nak keropok ni, hang tolong sapu bilik aku.”
Kan sering jugak berlaku mcm tu.
Jadi kita pun akan sanggup untuk menyapu biliknya hanya kerana nak dapatkan keropok itu secara free :D
Usaha jugak la tu kan. Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu secara percuma/free. Orang Indon sebut free tu Gratis.Hehe.

Bila sebut free, pernah x kita terfikir kan Allah SWT ?
Allah SWT itu kan Maha Pemurah. Banyak sangat benda Dia bagi free kat kita.
Udara, cahaya, matahari, bulan, bintang, pokok, bunga, macam2 lagi lah. Semua tu free je kan.
Allah x da minta kita bayar kan. Allah cuma mahu kita beribadah padaNya, taat padaNya, patuhi perintahNya dan tinggalkan laranganNya di mana jika kita laksanakan perintahNya, kita akan mendapat pahala.
Haa..nampak x  ? Dari situ kita akan dapat pahala free jika kita berusaha untuk melaksanakan perintahNya.
Jika kita berusaha, maka kita akan mendapat pahala free.
Jika kita x lakukannya, maka kita akan dapat benda free jugak. DOSA FREEEEE !!!!

Lihat..Nak dapat benda free ni mudah je sebenarnya. Kita Cuma perlu berusaha.
Jika nak dapat pahala, patuhilah arahanNya.
Jika nak dapat dosa, ingkar lah. (Tolong jangan buat !)
Andai sahaja kita semua dapat tengok rupa dan bentuk Pahala + Dosa, pasti kita semua akan berpusu-pusu, berebut-rebut untuk mendapatkan dan merebut pahala itu.
Andai saja kita dapat lihat betapa banyak dosa yang telah kita lakukan sampai ke saat ini, pasti kita tidak mahu lagi berbuat dosa. Pasti kita hanya akan mengejar pahala itu.
Tapi ingat, apa sahaja yang kita lakukan, niat utama hanyalah kerana Allah SWT.

Dalam surah al-Zalzalah iaitu surah yang ke-99 ayat 7 ada menyatakan bahawa Allah berfirman,
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.”
Manakala dalam ayat yang ke-8 pula menyatakan,
“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan mendapat balasannya pula.”
Jadi, dapatlah disimpulkan di sini, jika kita melakukan kebaikan sekecil zarah yang kita sendiri x dapat Nampak, maka pasti akan mendapat ganjarannya; dan jika kita melakukan kejahatan sekecil zarah pun, maka balasan akan menanti kita.
Jadi, marilah laksanakan kebaikan, insyaAllah pahala menanti. Free tu Allah bagi =)
Kalo nak buat jahat, maka dapatlah dosa free.
Ingat, kita ni hambaNya, dosa menggunung tinggi.
Kita sendiri x tahu bila Dia akan tarik nyawa kita.
Oleh itu, marilah kita laksanakan kebaikan bersama-sama demiNya.
Wallahu’alam.
Wassalam.


 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...