Assalamualaikum wbt.
Didoakan agar para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera,insyaAllah.
Astaghfirullahal'azim (3x)..
Ana hanya mampu beristighfar apabila melihat gambar remaja masa kini yang berpakaian seperti bukan Muslim..
Tulis di Facebook ---> Religious View ---> ISLAM.
Tapi gambar2 kat album, x macam Islam pun.
Sedihnya ya Allah..
Berseluar pendek di atas lutut, pakai singlet, lepas tu dating sakan.
Cakap Islam.
Allahuakbar :'(
Adakah ini gara2 pengaruh persekitaran ?
Ya..Persekitaran & kawan2 akan memberi pengaruh yang besar pada diri seseorang itu.
Jika seseorang itu tidak pandai untuk membawa diri, maka dirinya akan mudah terjebak.
Mudah terpengaruh dengan suasana.
Allahuakbar.
Ingatlah, mempunyai kawan yang baik peribadinya itu sangatlah penting kerana ia akan mempengaruhi diri kita juga.
Tarbiyah itu sangat penting.
Persekitaran juga penting.
Pendek kata, untuk membentuk diri & peribadi yang baik, semuanya bermula dari hati dan dalam masa yang sama, pengaruh persekitaran dan pengaruh kawan2 juga memainkan peranan yang penting.
Samalah juga halnya apabila mempunyai anak.
Sejak anak itu dari dalam kandungan lagi, kita seharusnya mengenalkan dia dengan kalimah2 Allah.
Memperdengar bacaan ayat2 suci al-Quran padanya, moga apabila dilahirkan nanti akan menjadi hambaNya yang soleh.
Pemakanan juga penting, dari kecil perlu diberi makan kurma,kismis,badam dan madu. Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak2.
Begitu juga dengan didikan. Selain didikan daripada ibu bapa, didikan oleh guru2 di sekolah juga penting.
Hantarlah anak ke sekolah agama / maahad tahfiz.
Kita mahu membentuk pemuda/pemudi yang berpegang teguh pada ajaranNya,
pada al-Quran dan as-Sunnah.
Kita harus membentuk sejak dia masih kecil.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Takut jika mahu dididik setelah dewasa, kelak akan sukar kerana telah liat/keras.
-------------------------------------------
Ana x rancang pun nak tulis pasal ni.
Semua yang ana tulis di atas adalah berdasarkan apa yang terlintas di kepala ana.
Mohon maaf jika tulisan ana ini mengguris hati sesiapa.
Sungguh ana hanyalah hambaNya yang penuh dengan dosa.
Sama-samalah kita menjadi hambaNya yang soleh/solehah,insyaAllah.
HambaNya yang Penuh Dosa,
Nur Afiqah
07 Julai 2011
Taiping, Malaysia
No comments:
Post a Comment