Promo ! Klik Ler..

Thursday, July 14, 2011

:: Peluh ::

Assalamualaikum wbt.
Semoga sahabat semuanya sihat sejahtera, insyaAllah.

Ana sbnrnya x tahu nak tulis apa.
Cukup sekadar memberitahu apa yang ana telah baca dari akhbar ILuvIslam.

**************************

Seorang lelaki dari Jaisyah, sebuah negeri di wilayah Yaman datang bertemu Nabi Muhammad SAW. Dia bertanya kepada Baginda tentang minuman 'mizr yang diperbuat daripada jagung di negerinya.
Lalu baginda bertanya kepada lelaki itu, "Adakah minuman itu memabukkan ?"
Lelaki itu menjawab ya.

Rasulullah SAW pun berkata, "Setiap minuman yang memabukkan itu haram. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan bagi orang yang minum minuman memabukkan akan diberiNya kelak di akhirat sejenis minuman yang dibuat daripada thinatil khabal."
Para sahabat pun bertanya apa itu 'thinatil khabal'.
Beliau menjawab "Peluh penduduk neraka."

*************************

Sama-samalah mengambil iktibar.
Semoga segala perkara yang haram itu dapat kita jauhi.
Allah telah memberitahu kepada kita, terpulang kepada kita sama ada mahu mendengarnya atau tidak.
Perlu diingatkan, azab di akhirat kelak akan sangat berat dan tidak akan tergambar oleh kita.
Wallhu'alam.

HambaNya yang Penuh Dosa,
Nur Afiqah
Taiping, Malaysia
14072011
1826 hrs

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...