Promo ! Klik Ler..

Sunday, July 3, 2011

:: Clean & Clear ::

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah bersyukur kita padaNya kerana pada hari ini kita masih dapat mengecapi segala nikmat dan pemberian kurniaanNya. Ingatlah segala pemberianNya ini hanya sementara dan akan diambil kembali olehNya suatu masa nanti.

Pada hari ini, ana ingin berkongsi sesuatu tentang kebersihan.
Perkara ni terlintas di fikiran ana sejak ana sampai ke Malaysia cuma baru hari ni ana dapat betul2 menulis dan mencurahkan apa yang bermain di fikiran ana ini.

Kita tahu Islam sangat mementingkan kebersihan.
Pasti kita semua pernah dengar “Kebersihan itu sebahagian dari iman” kan ?
Dari situ, jelas kita Nampak bahawa kebersihan itu sangat dititikberatkan dalam kehidupan sehari-hari kerana ia adalah sebahagian dari iman.

Kebersihan itu bukan hanya melibatkan persekitaran, tapi juga melibatkan dalam perlakuan kita.
Bilik kita kotor, kita x suka kan ?
Kita mesti rasa rimas kan ? Mesti kita rasa nak bersihkan bilik kita kan ?
Baju kita kotor, berbau..Kita rasa x selesa kan ?
Macam tu juga-lah dengan perlakuan kita.
Setiap yang kita lakukan haruslah bersih dari semua segi.
Maksud ana, kita mestilah sentiasa membersihkan diri kita.
Buang segala yang kotor dari jiwa kita, dari diri kita.

Pengalaman ana selama setahun di Medan, cukup untuk ana katakan rata-rata ramai yang x bersih dari perlakuan mereka.
Mereka mengamalkan rasuah secara terang-terangan (Kat sini pun sama kot).
Jika student itu mahukan urusan imigrasinya cepat selesai, mereka meminta bayaran lebih.
Itu kan rasuah ?  X bersih kan ?
Pembawa beca juga sama.
Sering menipu pelajar terutama sekali pelajar Malaysia dengan meletakkan harga yang tinggi jika mahu ke sesuatu tempat.
Menipu --------> X bersih jugak kan ?

Haa…muka kita..Bila ada jerawat, kita mesti nak clean & clear-kan muka kita kan ?
Huhu..

Ok..
Berbalik pada perlakuan.
Kita sebagai manusia sangat tidak suka kalau ada orang main kotor dengan kita kan ?
Kalau kita ditipu, dibohong, dipermainkan, kita rasa sakit hati kan ? Rasa x puas hati kan ?

Exam ana yang lepas (Exam sebelum ana balik sini baru-baru ini), ramai kawan local di sana yang membeli kertas soalan daripada anak lecturer.
Kiranya mereka sudah tahu soalan exam yang bakal diduduki pada hari tersebut.
Sangat x adil kan ?
Lihat-lah.Bersihkah perlakuan seperti itu ?
Menipu untuk kepentingan diri semata-mata.
Menipu dengan cara sebegitu, kononnya nanti akan mendapat result yang bagus padahal sudah sangat jelas menipu.
Mahu menjadi doctor gigi, tapi dengan cara sebegitu ?
Patutkah ?

Bila kita nak solat, nak bertemu denganNya, kita perlu bersihkan diri kan ?
Berwangi-wangian kerana kita mahu berjumpaNya.
Cuba fikir kembali, ingat kembali, Allah SWT sangat sukakan kecantikan dan keindahan.
Untuk mendapatkan kecantikan dan keindahan itu, haruslah dimulai dengan membersihkan diri dahulu kan.
Ana bagi contoh, seorang yang comot,berbau, jika kita hendak mencantikkan dia, kita harus membersihkan diri dia dahulu kan sebelum bagi dia bedak dan segala-galanya untuk cantik ?

Sama-sama kita fikirkan kembali.
Islam dan kebersihan itu sangat rapat, sangat dekat.
Setiap saat kita mahukan yang bersih.
Manusia x suka kotor.
Terbau sampah dalam masa 5 saat saja pun kita dah tutup hidung kan ?
Jadi marilah kita sama-sama membersihkan segala-galanya.
Bukan hanya persekitaran, malah jiwa kita dan perlakuan kita.
Semoga Allah swt membantu usaha kita untuk menyucikan mana yang x enak dipandang.
InsyaAllah.
Wassalam.

P/s : Pilihanraya kat Universitas ana pun pakai dakwat hitam jugak kot. 

-Gmbr hiasan-



2 comments:

sEindAh mAwAr bErdUri said...

assalamualaikum ya ukhti...belajar di indonesia kah?

Unknown said...

wslm wbt ukhti :)
ya,bljr di Indonesia..Di Medan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...