Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan hanya padaNya kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk menikmati segala nikmat dariNya.
Malam semalam ana bersembang dengan seorang adik ni.
Bersembang tentang status.
Dia ckp kt ana yang ana ni bakal menjadi seorang doktor dan pasti ramai yang akan berfikir banyak kali bila hendak peristerikan ana.
Katanya zaman sekarang ni ramai yang melihat kepada status.
Jika isteri gaji besar, suami haruslah gaji lebih besar.
Doktor layaknya hanya dengan engineer/arkitek/doktor.
X layak dengan ustaz/cikgu/kerja yang gaji x sebesar doktor.
Ya kah ?
Berkali-kali jugak ana bertegas yang ana x pernah set in mind nak suami gaji lbh besar drpd ana.
Ana x pernah harap nak kahwin dengan org yg kerja besar,gaji besar, atau apa2 saja lah yang besar.
Ya, ana mungkin bakal menjadi doktor gigi, tapi x salahkan kalo doktor nak kahwin dengan yg bukan doktor.
X salah kan kalo doktor perempuan nak suami ustaz/cikgu/apa2 saja.
Mungkin akan ada lelaki yang merasa rendah diri apabila dapat isteri yang gaji lebih besar daripada suami, tapi jika hal itu berlaku pada ana, ana x akan biarkan suami ana merasa sebegitu.
X pun akan ada lelaki yang berfikir dua tiga kali bila dah berkenan pada seorang wanita yang belajar tinggi.
"Aku pangkat diploma je..Dia degree..Aku x layak dgn dia.."
Tapi jika anda yang diploma/degree/sijil/apa2 sajalah lebih bagus dprd pljr yg bljr degree, why not.
X semua org dalam dunia ni tgk pangkat, tgk gaji bila nak kawin.
Mcm ana, ana cukup x suka lah bila ada org ckp bab2 pangkat,status dgn ana.
Ana cukup x suka bila dgr org ckp doktor kawin dgn doktor lah.
Mtk maaf lah, ana x suka lah mcm tu.
Doktor pun ada hak juga kan nak menikah dengan sesiapa yang dia berkenan.
Dan sebab hal tu, ana trs ltk status dan buat pertanyaan.
Blh dikatakan byk juga lah komen2 membina yg ana dapat.
Semalam, sy dapat simpulkan bahawa x semua org berfikir yang sama.
Ya, mungkin ada yang punya persepsi sebegitu, doktor dengan yg sama taraf je.
Tapi drpd komen2 tu, dapat kita lihat yg harta, pangkat, semua tu x penting.
Pagi tadi, ana tanya pada Mak ana juga psl hal ni.
"Mak, Along nak tanya ckit blh x?"
Mak ana pun ckp lah boleh.
"Mak, doktor mcm Along ni kan, mmg kena kahwin dgn doktor jgk ke? Kena kahwin dgn yg gaji sama ek? Yg setaraf? Sama pangkat?"
Trs Mak ana bidas."Eh, apa pulak..Nak tgk2 gaji apa semua.Mana ada.Urusan jodoh ni semuaNya di tangan Allah.Ikut kata hati.Mana blh nak kahwin ikut taraf pgkat semua.Kalo dah jodoh tu, x kemana jugak."
Lps tu,trs Mak ana ckp psl hal sepupu ana.
Bercinta dgn org jauh, family semua dah kenal, last2 kahwin jgk dgn org dekat.
Mak ana ckp, tu lah, urusan jodoh ni, Allah jugak yg tentukan.
Kita x kan pernah tahu apa yang bakal terjadi.
Haa...Terus sejuk hati ana dgr jwpn Mak ana mcm tu.
Sekurang-kurangnya ana sudah tahu bahawa Mak ana x punya persepsi tentang taraf,pangkat.
Ana tahu Mak Ayah ana mengimpikan menantu yang soleh + beragama + sama aliran & persefahaman.
Huhu...
X psl2 tulis psl Jodoh kt sini.
X pe lah, ana skdr berkongsi sj.
Kepada sesiapa yang mencari, Jika dia yang anda berkenan itu sudah cukup layak buat diri anda, maka teruskanlah niat anda itu.
Jangan disebabkan pangkat, x semena-mena niat suci anda itu tertunda.
BERSEDERHANA-LAH !
:)
Ingat !
Agama itu yang paling penting.
Cari pasangan yang beragama.
InsyaAllah, sejahtera hidupmu.
P/s : Ana x psti sama ada msj ana ni smpai atau x, tp ana hrp bhsa ana ni mudahlah untuk difahami.
HambaNya yang Penuh Dosa,
Nur Afiqah
Taiping, Malaysia.
01072011
2.43 PM
No comments:
Post a Comment