Assalamualaikum wbt.
Setinggi-tinggi rasa syukur dirafa’kan buat Rabbul ‘Izzati kerana masih memberi peluang kepada kita menghirup udara pinjamanNya ini.
InsyaAllah hari ni pasal “Free” pulak.
Sebagaimana yang kita tahu, manusia cukup pantang kalau dengar perkataan “Free”.
Selalu kalau pi kedai ke shopping complex ke, kalau ada tulis free, mesti semua orang bising-bising, mesti semua orang serbu.
Itulah manusia. Sangat sukakan benda yang free. Ana pun suka jugak benda free.Hehe.
Fikir balik.
Selalu kalo ada orang bagi air free, makanan free, mesti kita nak kan ?
Dan-dan time tu siapa yang pemalu terus jadi x malu sebab nak benda free tu..Ada ke ?
Huhu..Eh, jangan lupa MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN :)
Kebiasaannya, untuk mendapatkan sesuatu yang free itu, memerlukan suatu usaha. Betul kan ?
X caya cuba ingat balik. Kalo kat SOGO ke, GIANT ke, dia selalu tulis, beli 2 percuma 1.
Kan banyak mcm tu kan ?
Jadi, untuk mendapatkan yang free tu, kita kena lah berusaha untuk membeli 2 barang untuk mendapatkan 1 yang free itu.
X pun, kalo kawan kita nak bagi benda free kat kita, tapi dia letak syarat.
Contohnya dia cakap kat kita, “Kalo hang nak keropok ni, hang tolong sapu bilik aku.”
Kan sering jugak berlaku mcm tu.
Jadi kita pun akan sanggup untuk menyapu biliknya hanya kerana nak dapatkan keropok itu secara free :D
Usaha jugak la tu kan. Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu secara percuma/free. Orang Indon sebut free tu Gratis.Hehe.
Bila sebut free, pernah x kita terfikir kan Allah SWT ?
Allah SWT itu kan Maha Pemurah. Banyak sangat benda Dia bagi free kat kita.
Udara, cahaya, matahari, bulan, bintang, pokok, bunga, macam2 lagi lah. Semua tu free je kan.
Allah x da minta kita bayar kan. Allah cuma mahu kita beribadah padaNya, taat padaNya, patuhi perintahNya dan tinggalkan laranganNya di mana jika kita laksanakan perintahNya, kita akan mendapat pahala.
Haa..nampak x ? Dari situ kita akan dapat pahala free jika kita berusaha untuk melaksanakan perintahNya.
Jika kita berusaha, maka kita akan mendapat pahala free.
Jika kita x lakukannya, maka kita akan dapat benda free jugak. DOSA FREEEEE !!!!
Lihat..Nak dapat benda free ni mudah je sebenarnya. Kita Cuma perlu berusaha.
Jika nak dapat pahala, patuhilah arahanNya.
Jika nak dapat dosa, ingkar lah. (Tolong jangan buat !)
Andai sahaja kita semua dapat tengok rupa dan bentuk Pahala + Dosa, pasti kita semua akan berpusu-pusu, berebut-rebut untuk mendapatkan dan merebut pahala itu.
Andai saja kita dapat lihat betapa banyak dosa yang telah kita lakukan sampai ke saat ini, pasti kita tidak mahu lagi berbuat dosa. Pasti kita hanya akan mengejar pahala itu.
Tapi ingat, apa sahaja yang kita lakukan, niat utama hanyalah kerana Allah SWT.
Dalam surah al-Zalzalah iaitu surah yang ke-99 ayat 7 ada menyatakan bahawa Allah berfirman,
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.”
Manakala dalam ayat yang ke-8 pula menyatakan,
“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan mendapat balasannya pula.”
Jadi, dapatlah disimpulkan di sini, jika kita melakukan kebaikan sekecil zarah yang kita sendiri x dapat Nampak, maka pasti akan mendapat ganjarannya; dan jika kita melakukan kejahatan sekecil zarah pun, maka balasan akan menanti kita.
Jadi, marilah laksanakan kebaikan, insyaAllah pahala menanti. Free tu Allah bagi =)
Kalo nak buat jahat, maka dapatlah dosa free.
Ingat, kita ni hambaNya, dosa menggunung tinggi.
Kita sendiri x tahu bila Dia akan tarik nyawa kita.
Oleh itu, marilah kita laksanakan kebaikan bersama-sama demiNya.
Wallahu’alam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment