Promo ! Klik Ler..

Friday, May 6, 2011

:: Beginikah Identiti Muslim ? ::

Assalamualaikum wbt..

Didoakan sahabat2 semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lindunganNya, insyaAllah dan semoga kita dapat menjadikan hari ini lebih bermanfaat dari hari2 sebelumnya, ameen :)

Hari ini ana mahu mengajak sahabat2 memperhatikan skenario di bawah ini..

Skenario 1

A : B, esok ada kuliah ganti tau.
B : What !!! Apsal pulak ? Kul berapa ?
A : Kul 7 pagi..kan haritu dosen x masuk, so dia nak ganti esok la..
B : F*** ! Aku baru ingat esok nak tidor puas2 kot..Arghh..
A : Nak buat cmna dah dosen nak ganti..
B : S*** man ! Argh..Aku malas r nak pegi..


Skenario 2

C : Ko apehal ? Nak cari gaduh ngan aku ke ?
D : Ko la apehal x pasal2 nak gaduh ngan aku tiba2 pulak..
C : F*** u !
D : Eh,ko la…What the h***…
C : Damn it ! Blah la !!!!

Sudah baca skenario di atas..Dah dapat gambaran ?
Baiklah, sebelum tu ana mohon maaf kerana ana dengan berat hati terpaksa tulis dialog mcm ni..
Mungkin ada antara kalian tau beberapa perkataan yang ana sendiri x sanggup nak tulis secara full..
Nak tahu kenapa ana tulis dialog mcm ni ?

Ana tulis mcm ni kerana skenario kat atas ni berlaku setiap hari sekarang ni..
Maksud ana,perkataan yang ana letak tanda * tu hampir setiap hari ana dengar..
Jujurnya, sebelum ana sampai Medan ni, ana x pernah dengar langsung perkataan2 mcm ni..
Dan bila ana datang sini, banyak kali ana dengar perkataan ni..
Awalnya ana x tahu apa maksud word tu, tapi last2 ana dapat tau jugak yg word2 tu semuanya perkataan2 yg kesat..

Dan paling menyedihkan, bukan hanya orang non-Muslim sahaja yang cakap word tu, tapi orang Islam sendiri sering menggunakan perkataan2 ini sebagai tanda untuk melepaskan amarah mereka..
Lelaki atau perempuan, sama sahaja..
Ya, x semua orang sebut tapi apa yang ana nampak di sekeliling ana sekarang, mereka menyebutnya !
Hatta perempuan yang bertudung sekalipun !
Mereka lebih suka untuk menggunakan perkataan itu sebagai tanda lepas geram instead of using “The Zikr” untuk menenangkan hati mereka.
Bila marah, selalu nak guna word tu.
Bila gaduh, pun nak guna word tu.
Ana pelik, ana hairan.
Kenapa begitu mudah melontarkan perkataan itu ? Sedangkan mereka sendiri tahu perkataan itu adalah perkataan yang kesat. Perkataan yang x patut diucapkan. Perkataan yang hanya akan mengurangkan pahala bila menyebutnya. Perkataan yang hanya akan membuatkan amarah semakin membuak-buak dan tidak akan surut.
Kenapa nak sebut word tu ? Sebab rasa hebat bila menyebutnya ?
Tidak !! Jika orang yang menyebut word itu menganggap dia akan kelihatan hebat bila menyebutnya, itu tidak benar sama sekali ! Malah, jika dia menyebutnya, dia akan dipandang serong terutama sekali bila orang non-Muslim mendengar perkataan itu datang dari mulut orang Islam sendiri..

Ingatlah ! Kita ini Muslim..Jika orang non-Muslim melihat Muslim zaman sekarang dah teruk, dah asyik nak ucapkan perkataan2 yang kesat, mcm mana mereka nak masuk agama kita bila tengok umat Islam itu sendiri mcm ni ?
Kita ini Muslim..Kita ada perkataan yang lebih baik untuk disebut bila kita dalam keadaan marah atau geram atau lain2 lagi..Kita ada ZIKIR ! Bila kita marah, kita ucaplah istighfar..Kan itu lebih baik untuk disebut..Ucap istighfar 3x pun dah mampu untuk membuatkan hati kita surut dari amarah..Sudah mampu untuk membuatkan kita bersabar..Dan kita juga dapat bonus daripada Allah swt bila kita sebut istighfar..Kan lebih baik mcm tu ?

Jadi, marilah sama2 mengucapkan zikir dalam apa jua keadaan sekalipun..
Tunjuklah contoh teladan yang baik buat sahabat2 kita di luar sana..
Jika mereka marah guna perkataan itu, kita tunjukkan pada mereka dengan mengucapkan “Astaghfirullahal’azim” ataupun zikir2 yang lain..
Marilah sama2 membentuk peribadi Muslim yang baik..Moga kita dapat menjadi hambaNya yang soleh dan beriman dan akan sentiasa bersabar di atas segala ujian dariNya..
Berdasarkan kata2 Ustaz Hasrizal Jamil, 
“ Kita ini hambaNya, justeru kita layak diuji ! “

- Buat pedoman diri ana sendiri juga semoga akan sentiasa membasahkan lidah ana dengan zikir2 cintaNya-
- Mari jadi baik ! –



Semoga tulisan ini bermanfaat buat semua.
Wassalam wbt..
06052011, 05.38 PM Medan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...