Promo ! Klik Ler..

Wednesday, May 11, 2011

:: Terlupa :( ::

Assalamualaikum wbt.
Kaifa haluka/i ya sahabati ?
Ana doakan semuanya sihat2 ya.
Bila sihat, ucaplah Alhamdulillah.
Bila kurang sihat, ucaplah Alhamdulillah juga kerana bila kita kurang sihat bermakna Allah swt nak kaffarahkan dosa2 kita yang lalu.
Baik kan Allah ?
Subhanallah..MasyaAllah :)
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Post kali ni ditujukan untuk diri ana.
Diri ana yang sering terlupa pada sesuatu.
Ana selalu tulis dalam blog ni pasal azam nak belajar bersungguh-sungguh.
Tapi ana lupa suatu hal.
Hal yang ana patut x lupa.
Apa itu ??

hafaz Al-Quran

Ya !
Ana hampir lupa bahawa ana ada lagi 1 azam dan azam ini lah yang paling utama di antara yang utama.
Ana perlu hafaz al-Quran.
Masih banyak yang ana x hafaz.
Ana perlu dahulukan dengan menghafaz juz 'Amma dahulu
sebab x semua surah2 dalam juz 'Amma tu ana ingat.
Boleh dikira dengan jari berapa surah yang ana ingat.
Astaghfirullahal'azim
:(

Masa masuk Sek.Ta'ayah, kami semua dikehendaki menghafaz Al-Ma'thurat, Surah AsSajdah dan Surah Al-Mulk.
Tapi sekarang...
Ana hanya mampu untuk ingat Al-Ma'thurat shj.
Surah AsSajdah dan Surah Al-Mulk ana dah kurang ingat, bila tgh2 baca, ana terlupa. 
Kena rujuk al-Quran semula
:(

Ya Allah..ampuni hamba ya Allah..
HambaMu ini terlalu leka dengan dunia sehingga sudah lupa untuk menghafaz ayat2 cintaMu.
Lihatlah, daripada 114 Surah dalam al-Quran, x sampai setengah pun kamu ingat kan Afiqah ?
:(

Afiqah..
Kena ubah ni..
Mana boleh mcm ni..
Study, study jugak tapi Al-Quran kena jugak hafaz..

Cuba check balik..
Still ingat Al-Mathurat kan sampai sekarang ?
Sebab apa ?
Sebab selalu baca..

Ok..
Key dia mudah sahaja..
Nak sentiasa ingat, kena lah selalu baca/hafaz..
Baca setiap hari, insyaAllah akan ingat..
Lagi 1, bukan setakat menghafaz shj tp juga memahaminya..
Dan paling penting..
istiqamah !
Kalau x istiqamah, susah la..
Macam mana nak berjaya..

Sama la konteksnya dengan study, if x study hari2, 
macam mana nk ingat kan ?

Ana bukanlah seorang Hafizah, 
tapi ana ingin menghafaz al-Quran.
Ana bukan pelajar Darul Quran,
tapi ana teringin nak masuk DQ tu.
Cemburu dengan shbt2 kt sana.
*masa form 5, x ambil borang DQ, skrg menyesal*
*jangan tiru aksi ini, masa sekolah, isi shj semua borang demi masa depan*

X mengapa Afiqah..
Kamu juga mampu untuk menjadi seperti itu..
Usaha yang berterusan..
Istiqamah..
InsyaAllah berjaya..




~ Seimbangkan semua perkara ~
~ Al-Quran ~
~ Belajar ~

Kalau nak diikutkan, masa ana dengan Al-Quran cukup sedikit andai nak dibandingkan masa ana dengan belajar (setengah hari di kampus ).
Anda pula bagaimana ?
Mari semua, jom hafaz al-Quran.
Fahami dan dalami maknanya juga.
:)

P/s : Ana mengimpikan anak2 yang dapat menjadi Hafiz & Hafizah al-Quran, insyaAllah :)

*maaf ya ana rasa ayat ana dalam post kali ni agak berterabur*

2 comments:

Anonymous said...

jom2 hafaz Quran,!!! slow2 insyaAllah =)

Unknown said...

btl2x...jom2..ckit2 lama2 jd bukit ! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...