Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dirafa’kan buat Allah SWT kerana pada hari ini dan detik ini, kita masih hidup di muka bumi pinjamanNya ini. Ingatlah setiap udara yang kita sedut dan hembus, semuaNya adalah nikmat dariNya,maka bersyukurlah.
InsyaAllah post ana kali ni tentang sayang.
Semalam masa kelas, kawan perempuan Indonesia ana sdg mencari failnya yang hilang. Dlm fail dia tu, ada banyak nota2 kuliah. Dia ada tnya kat ana ada nmpk x fail dia, malangnya ana x nmpk. Masa dia tnya kt ana tu, ana nmpk muka dia dah cemas + risau sbb fail dia dh hilang. Lepas tu dia keluar kelas utk cari fail. X lama lps tu, dia masuk kls semula Cuma kali ni dia menangis. Ana Nampak mata dia merah dank t tangan dia ada fail. Ana agak dia dh jumpa semula failnya, mungkin dia menangis masa tgh cari fail tu. Masa tgk dia menangis, ana terfikir sesuatu. Dia menangis mesti sbb dia sygkan fail tu + dlm fail tu ada byk nota2 kuliah. Mungkin sesetengah org akan pelik dan punya persepsi seperti “Ala,fail je pun.X kan nk nangis.” Ya ! Bagi orang yg x mengerti dan memahami, mungkin itu adlh persepsi mereka tp bg yg memahami, mereka akan dapat rasakan kesedihan bila hilang sesuatu yang amat mereka sayang.
Hal yang dia alami tu x ubah seperti ana juga. Beberapa bulan yg lalu, kwn lelaki Indonesia ana pinjam pembaris ana. Ana pun bg. Cuma lps dia pnjm, dia x bg kt ana balik. Ana tnya kt dia mana pembaris ana. Masa ana tnya, baru dia nk cari blk mana dia ltk. X lama lps tu, dia ckp x jumpa dan dia akan ganti yang baru. Masa tu, ana rasa nak menangis tp sedaya upaya ana tahan. X nak menangis dlm kelas. Masa tu, ana trs hilang focus. Dalam kepala dan fikiran ana hanya ada 1 hal saja – PEMBARIS ! Ana jadi x keruan, x senang duduk. Kawan ana pun perasan ana dh lain mcm dh. Ana still x puas hati, ana ambil inisiatif sendiri cari balik pembaris tu. Cari punya cari, Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak pembaris ana. Pembaris tu ada kt kerusi kelas belakang sekali. Perasaan masa jumpa balik pembaris tu, Allah je yg tau. Syukur x terhingga. Mana x nya, pembaris tu dah lama bersama ana, sejak ana form 1 lg, thn 2003. Dari thn 2003 hingga 2011, lama kan jangka waktu tu ? Mesti la ana sayang. Pembaris tu dah banyak membantu ana utk PMR,SPM dan STPM. Lagipun tu pembaris besi, bukan pembaris plastic. Hmm, pensel mekanikal yang ana guna sekarang ni pun ana guna sejak ana form 4, thn 2006. Pensel BIC 0.7 lead. 2006 hingga 2011, lama jugak kan ? Ana x dpt bygkan kalau pensel ni hilang, confirm ana akan sedih dan x dpt focus. Teddy bear kecil yg Mak Ayah ana bagi masa ana umur 2 tahun pun still ada smpai skerang, Cuma ana x main dah la. Ada dlm bilik kt rumah kt Msia je. Sebenarnya, ana memang cukup sayang pada barang2 ana. Dari sekecil-kecil barang hingga-lah sebesar-besar barang. Lagipun, kalau barang hilang, kena beli baru kan ? Dan nak beli baru, perlu guna duit kan ? Ana x nak mcm tu, sbb tu lah ana sedaya upaya jaga barang ana elok2. Selagi boleh guna, ana akan guna.
Baiklah, kalau tadi ana ckp psl barang yg ana sayang, sekarang beralih pula pd manusia. Ada sesiapa di sini pernah ‘kehilangan’ org yg disayangi ? Ana pernah. Ana punya TokYah dan Tokki dah meninggal (Almarhum). Arwah TokYah meninggal masa ana darjah 6, arwah Tokki pulak meninggal masa ana form 5. Masa arwah TokYah meninggal, ana menangis. Ana sedih sbb TokYah dah pergi. TokYah meninggal sebab sakit jantung , lgpun masa tu patutnya TokYah dah boleh operation dah, Cuma hospital kerajaan lmbt, akhirnya TokYah meninggal ;(
Arwah Tokki pulak meninggal masa ana form 5, tokki meninggal hari Isnin, sehari selepas ana jumpa Tokki untuk salam Tokki sebelum balik asrama (Rumah Tok & Tokki blkg rumah ana je) . Masa tu, Tokki menangis masa tgk ana dgn adik ana, Athirah. Tokki menangis tgk cucu dia. Rupa2nya Tokki menangis sbb dia dh dpt rasa dia x kan jumpa kami lagi. Ana dan adik tau hari Khamis, tentang berita Tokki meninggalkan kami. Ana trs menangis. Tu pun ana tau sbb adik ana panggil ana masa dia OTW nak ke surau. Masa adik panggil tu, ana dh dpt agak mesti dia nk ckp psl Tokki sbb minggu tu ana teringat pd Tokki. Ana rasa ada sesuatu yg x kena. Rupanya benar kata hati ana, Tokki dah x da. Masa tu, ana nak buka puasa kat dewan makan, x semena-mena ana menangis, tapi tangisan ana sudah dpt dikawal. Malam tu, ana mtk seluruh jemaah surau utk sedekahkan Bacaan Surah Yaasiin untuk arwah Tokki yang baru meninggal dan juga arwah TokYah.
Al-Fatihah untuk arwah TokYah dan arwah Tokki juga buat saudara2 kita yang telah meninggalkan muka bumi ini.
Sahabat2, orang yang kita sayang, pasti akan diambil kembali olehNYa.
Kerana apa ? Kerana semua yang menjadi milik kita ini adalah pinjaman sementara dariNya sahaja. Ingatlah, barang atau seseorang yang kita sayang dan kita miliki, x kan pernah selamanya jadi milik kita kerana pada suatu hari nanti pasti Allah akan mengambil semula apa yang menjadi milikNya.
Oleh itu, selagi ia berada dengan kita, hargailah dengan sepenuhnya kerana kita x akan pernah tahu bila waktunya Allah akan mengambil semula milikNYa itu.
Selain itu, sayangilah juga pada ibu bapa kita, adik2 kita, ahli keluarga kita, sahabat2, saudara2 kita di luar sana. Sayangilah selagi ia tidak melanggar syariatNYa. Sayangilah juga pada haiwan, kerana haiwan juga adalah makhluk ciptaanNYa.
Mereka berhak disayangi !
Kita hidup di dunia ini juga kerana rasa kasih dan sayang dariNya.
Tanpa kasih sayangNya, pasti kita tiada di muka bumi ini.
Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih. Kita sudah terlalu banyak berbuat dosa, x kira sama ada dosa besar atau kecil, tapi Dia masih memberi kesempatan kepada kita untuk terus menumpang di bumiNya ini.
Allah Maha Pemurah, Dia x pernah meminta kita membayar segala udara yang kita gunakan ini. Dia Cuma meminta kepada kita supaya beribadah kepadaNya. Hanya itu.
Andai nak dibandingkan apa yang Allah beri kepada kita dengan apa yang kita beri kepada Allah, cukup jauh bezanya.
Allah bagi kita macam2, tapi masih kita yang manusia ini berat untuk melaksanakan ibadah padaNYa.
X malu kah ?
Ingatlah, kita hidup di muka bumi ini kerana rasa kasih sayangNYa.
Kuatkan hati kita dan tetaplah istiqamah dalam menjalankan perintahNya.
Andai rasa sayang kita pada barang atau manusia cukup besar, sebesar apakah pula rasa sayang kita padaNya ? Tepuk dada, Tanya iman.
Wallahua’lam.
3 comments:
wow .. hebat laa fiqah bab simpan2 brg nih~ :D
rsenye maliah ingt lagi psl berita tokki pqah tu , (eh yeke .. ke org lain eh? ..)
:)
jom kte bnyk2 kn doa untk arwah .. jdi ank solehah insyaAllah ameeeen
hehe.Alhmdulillah...brg2 kena jaga elok2..x nak membazir..
em,btl kot maliah ada tau..
insyaAllah bykkan berdoa..anak solehah,amiin :)
Post a Comment