Assalamualaikum wbt.
Didoakan agar sahabat2 sekalian berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa bersyukur di atas segala nikmatNya yang tak terhingga ini buat diri kita yakni hambaNya.
Hari ini ana sudah masuk blok baru iaitu blok 8 tentang mekanisme penyakit.
Awal pagi tadi adalah pengenalan tentang blok 8.
Dosennya + Ketua Blok 8 adalah dosen wanita yang sangat2 garang + tegas.
Masa dia masuk kelas, kelas mcm bising.
Trs dia tuju kat org yg bising tu dan marah.
1 kelas trs senyap.
Takut.
Takut sbb selama ni x pernah lagi kami semua dimarahi oleh dosen yang sebegitu.
Lps hbs 1 jam untuk kuliah pengenalan blok, trs kuliah Patologi Anatomi (PA) dan masih dia yang ajar.
Alhamdulillah dia explain dengan bagus dan jelas.
Cuma dia garang.
X mengapa lah, dia garang bertempat.
Tegas.
Cuma lepas ni, jangan harap la kepada sesiapa yang x pernah datang kelas nak minta kwn tlg signKan daftar hadir sbb lps hbs kuliah dia pggil nama org yg x hadir tu.
Looks like untuk blok 8 ni kelas akan sentiasa penuh dan senyap shj.
Huhuhu.
Dan lps ni kena prepare physically and mentally supaya x kena marah.
Berdisiplin.
Hari ni ana hbs kuliah jam 3.30 ptg Waktu Indonesia Barat (WIB).
Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.
Cuaca hari ini sangat2 panas.
Minggu ni Medan sangat panas.
Bahangnya, Allahuakbar.
X mampu ana hadapi.
Pagi, tghari, malam, panas shj.
Pasang kipas at the highest speed pun still rasa panas.
Masa jalan kaki pun, kaki ana dpt rasa kepanasan jalan tar tu.
Ya Allah..
Matahari sangat terik.
Angin yang datang juga panas, x mendatangkan dingin.
Sentiasa bermandi peluh.
Allahuakbar..
Jika panas sebegini shj sudah x mampu hadapi, bagaimana pula nanti di akhirat sana ?
Ini baru sedikit Allah uji.
Di akhirat, di neraka kelak, lebih dahsyat panasnya.
Bayangkan..
Di dunia ni, jarak matahari ke bumi adalah 149.669.000 kilometer (93.000.000 mil).
Jauh sangat2 kan ?
Tapi panas yang ni pun kita x mampu nak hadapi.
Di akhirat nanti, jarak matahari dengan kepala kita cuma sejengkal je.
Allahuakbar.
Ana x dpt bygkan kondisi pada masa tu, mungkin sudah cair seperti ais ataupun sudah mati.
Wallahua'lam, Allah lebih Mengetahui.
Apapun, bersabarlah dengan ujian Allah ini.
Pasti ada hikmahnya Allah memberi cuaca panas sebegini.
Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
X usah merungut, x usah marah.
Cukup dengan beristighfar dan kenangkan kembali dosa2 yang kita buat sampai sekarang.
~BerSABARlah~
:)
No comments:
Post a Comment