Promo ! Klik Ler..

Sunday, May 15, 2011

:: Sibukkah ? ::

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah syukur kita kepadaNya kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih dapat menghembus setiap partikel udara yang diberiNya ini kepada kita.

Semakin hari, jadwal ana semakin padat.
Jadwal kuliah + lab sudah cukup untuk membuat ana rasa lelah.
Tapi kehidupan ini x akan pernah cukup dengan itu shj.
Bila dah habis lab, ana akan kena buat lab report.
Tu dah jadi satu kerja.
Secara tiba2, ana dipertanggungjawabkan untuk menjadi AJK Cenderahati untuk program Seminar Alam Bahagia-Baitul Muslim anjuran BADAR.
Allahuakbar..Ujian dariNya..
Secara tiba2..
Hanya mampu bersabar kerana ana memang layak untuk mendapat pekerjaan seperti itu kerana ana sudah dilantik untuk berada dalam organisasi BADAR.
Kamu sendiri dah angkat ikrar kan ?
Ingat ! Itu semua AMANAH !
Jadi x usah merungut..AJK Cenderahati itu kerjanya lebih mudah nak dibandingkan dengan jadi Ketua Projek.
Awalnya ana x dpt nak keluar untuk temankan Qis (AJK cenderahati juga) untuk beli hadiah kerana jadwal kuliah yang sangat padat.
Tapi semalam USU keluarkan kenyataan bahawa esok (Isnin) cuti.
Cuti sbb apa, ana pun x tahu.
Jadi overall, ada 3 hari cuti - Ahad (hari ini),Isnin & Selasa.
Tapi bagi ana, cuti ana hanya pada hari Selasa.
Ana harap ana dapat duduk di rumah pada hari Selasa sepenuhnya.

Hari ni ana ada kelas carving.
Esok ana dan Qis akan keluar untuk beli hadiah.
Lepas tu, masih banyak pekerjaan yang belum diselesaikan.

- Lab report Patologi Anatomi I (Hntr Khamis ni)
- Study untuk Presentation tajuk Dentinogenesis Imperfecta (Rabu)
- Prepare isi2 untuk Pemicu/Tutorial/Case-Discussion 
(Prepare awal2 sbb Ahad depan ada program, Isnin dah Pemicu)
- Baitul Muslim (Ahad, 22 Mei)
- Pergi Konsulat Malaysia untuk buat surat MERP + surat keterangan untuk minta pinjaman di Malaysia (Selasa)
- Kelas ganti + lab ganti ! Jadwal Isnin ni dah disusun, tp sebab cuti tiba2, of course akan ada perubahan jadwal > X suka part ni :(
- Study (Semakin lama makin bertimbun)

Sabarlah Afiqah.
Hidup kat U ni x sama mcm hidup kat sekolah.
Ni baru U.
Nnti dah masuk alam pekerjaan, lebih banyak hal yang nak kena selesaikan.
Kerja, rumah tangga lagi..
Haa..banyak kan tu ?

Apapun, uruskanlah masa dengan bijak ya.
InsyaAllah pasti mampu untuk selesaikan semua hal ni dengan baik.
Andai nak dibandingkan ke'sibukan' ana dengan kesibukan para sahabat di zaman dahulu, mereka jauh lebih sibuk tapi mereka tetap berjaya kan ?

Ini shj kuncinya.
Uruskan masa dengan bijak.
&
Berdoa padaNya supaya dipermudahkan segala urusan.

Doa
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahlan wa anta taj'alulhazna in syi'ta sahlan.
"Ya Allah, x ada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah".
Amiin ya Rab.

:)



2 comments:

Anonymous said...

ganbattene ~~~~~~~~~ :)

Unknown said...

tq maliah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...